March 13th, 2010


Bookmark ini saya buat untuk diri sendiri. senang untuk menanda novel yg di baca.Selama hari ini cuma lipat di hujung muka surat…dengan adanya bookmark ini memudah kan sambungan pembacaan yg terhenti.
Andai anda berminat…boleh hubungi saya dengan click ‘contact us’ di menu atas…atau email saya sahaja…
March 11th, 2010


Hanging Pillow lagi….
lama dah tak ber RE…habis sakit2 jari bila mahu menarik riben dari bawah…walau tak secantik mama tapi puas la juga
March 6th, 2010

PAKAIAN DALAM PEMBENTUKAN BADAN
PREMIUM BEAUTIFUL
Harga Corset Premium Beautiful
berbeza mengikut saiz.
(RM2300 - RM2600 satu set)
1- Coli Panjang. (RM780 - RM858)
2- Bengkung. (RM676 - RM743)
3- Seluar dalam panjang. (RM910 - RM100)
> Jaminan seumur hidup<
Harga boleh di runding
ANSURAN PUN BOLEH!!!
Kelebihan kualiti kain Premium Beautiful :
- Rekabentuk stereoskopik sinar infra merah jauh yang berdasarkan potongan rangka badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.
- Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.
- Kuasa regangan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubahkan rekabentuk asalnya.
- Sinar infra merah jauh yang dapat menambahkan kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.
Saya tidak menjual tapi menolong adik menjual. Sejujurnya saya akui saya telah mencuba dan membeli set ini 6 tahun sudah. ketika itu saya baru sahaja melahirkana nak ke 2, Iqbal. Saya cuma membeli bengkung dan baju sahaja..seluar pula selepas 3 tahun baru saya beli.
Saya memakainya ketika pergi kerja..hasil nya….bila pakai perut tu tak la nampak buncit sangat dan rasa confidence sebab x nampak la spare tayar ha ha ha..
Lagi satu kelebihan memakai PB ini, ia nya tidak panas..hatta berjalan di bawah panas matahari…sangat bagus. Lagi satu ketika memakai nya air susu badan cukup banyak, dan kualiti air susu pun menjadi baik kerana ia nya menjadi likat dan tidak cair.
Kepada sesiapa yg berminat boleh email saya di nor_hanisda@yahoo.com. Penerangan dan cara pemakain akan di terang kan oleh adik saya..jika anda berada di Serdang/Bangi amat di alukan..cuma hubungi saya sahaja terlebih dahulu
February 19th, 2010


Ini hasil kerja saya, Diaper stacker untuk ahli TSY yg baru melahirkan. Simple sahaja. cadang ny asaya mahu letak renda/lace tapi x cukup masa nak kekedai membeli. Hanya itu sahaja yg sempat saya siap kan. Harap mama khadeeja terima seadanya….
February 19th, 2010





Selamat Pengantin baru Amiza dan Akmal
Amiza, adik kepada teman permainan saya sedari kecil, Zira. rumah depan jer dari rumah emak di kg. Cantik orang nya dan bila di mekap bertambah la cantik…
February 16th, 2010


Sabtu sudah berlansung sukan sekolah danish. Berlansung di padang MPM.dan tetamu kehormat nya adalah bekas MB Perak…Dato Nizar
February 6th, 2010

Kelmarin sampai stok barang jualan, handbag,baju ,jam dan wallet. coach bag tu banyak permintaan. Geram je tengok semua benda nihhh…uhuuuu
boleh pergi ke blog jualan saya
http://authenticgallery.blogspot.com/
Website saya…di web ni juga saya buat jualan tahap borong untuk pakain baby dan kanak2….
http://momnkidsgallery.com/index.php
February 5th, 2010

Semalam selesai baca buku ini…saya menghabiskan cerita ini sehingga jam 2 pagi!…patut la bangun pagi ni kepala macam berat jer…ahaksss minatttttt.En suami nasib baik memahami minat saya..maka dia tidor semalam dalam bilik yang terang dek lampu..
Best!! novel ni best..ada air mata dan ketawa bercantum menjadi satu..saya membeli buku ini kerana yg pasti karya aina emir, dan yg kedua latar cerita ini di Pantai remis dan Teluk senangin…x jauh dari umah ni haaaaa…
m/s 349 : ‘ Selamat jalan sayang ku…tidurlah,sayangku…rehatlah kamu nanti dan janganlah kamu takut bila malaikat datang kepadamu.Kamu hamba yang taat,anak yang soleh,suami yang baik…tak usah la kamu gentar,Danni.Insya-Allah..aku tahu Tuhan mengasihimu .Demi cintaku padamu,Danni….aku redha kau tinggalkan aku begin’……
Saya menangis bila membaca bait-bait ayat ini…shahdu rasanya
m/s 417: “Kenapa diaorang macam tu,atuk? Naj tak ada pun macam tu”
” Kamu…cucu aku, Dema…cucu opah kamu! Opah kamu tu bahlul, tu yangdapat cucu-cucu tolol”
Saya mengekek ketawa!!!. Si opah yang cukup sayang kan cucu lelaki…saya tak hairan, sebab benda ini pun terjadi dalam ruang linkungan keluarga saya juga. Opah saya cukup sayang kan anak lelaki dan cucu lelaki. Saya cucu perempuan dia selalu kena marah…buat itu salah buat ini salah. Kalau cucu lelaki siap masak sedap2…aduiiiii..Tang anak lelaki pula sangup tukar nama tanah emak yg di beri arwah atuk, kepada anak lelaki nya….’Apa hukum tu yer’??????
Apa2 pun kalau korang belum beli atau baca, sila2 la membeli atau meminjam kat sesiapa yg dah beli…
‘SELAMAT MEMBACA’!!!!
February 4th, 2010





Saya nak jual buku ini, bukan apa saya x ada masa lansung nak buat. Lagi pun saya ada 1 lagi buku crochet yg bari 1-2 jenis patern yg saya buat..dari pada buku atas ini tersadai di rak lebih baik saya jual untuk mereka yg berminat nak beli. Saya beli buku ini di Ipoh…memang payah nak jumpa…koleksi ini 1 jer di ipoh
Buku ini masih elok yer..tiada cacat cela…cuma RM60 sahaja.Berminat?? boleh email saya: nor_hanisda@yahoo.com
February 3rd, 2010

Sudah 3 hari saya mencari gula…..dari The Store sampai ke kedai runcit biasa..semua nya habis…habis atau sorok???
Sudah 3 hari juga saya tak bancuh tea o. Budak2 rumah ni semua jenis minum tea o..air lain macam x jalan pula…
Semakin dekat CNY..ni semu barang jadi mahal dan hilang!!! leceh betulll.nak masak mesti guna gula,nak bancuh air pun wajib bubuh gula…habis tu kalau gula habis…kita nak guna apa?
Tak payah letak gula…biar tawar…tapi kita org tua boleh laaaa…budak2 ni boleh ker..itu pun dah mula bertanya…”Ibu nak minum tea”