Parit setelah 5 tahun

Posted on
Setelah 5 tahun (seingat aku aku pergi masa danish kecil lagi) aku kembali ke Pekan Sari Parit….setelah begitu lama tak menjenguk,semalam aku jejak lagi “Pekan Senin”(bahasa org parit-bota).Kebiasaaan pekan sari parit hanya berlansung hari Isnin sahaja…di sini sama seperti pasar malam yang terdapat di mana2 tempat lain,cuma keunikan nyer peniaga terdiri dari orang2 kampung….mereka menjual hasil2 kampung seperti ulam-ulaman,hasil tangan dan macam2 lagi.Yang best nyer di ‘pekan senin’ apa sahaja yang payah nak jumpa boleh cari di sini.

Pekan Parit,bonda zuyah bagitau pekan ni dah sama umur dengan kemerdekaan negara,maknan nya dah 51 thun (mungkin lebih),kalau korang tengok citer Tain 3T,ada scane kat pekan parit…femes gak pekan parit ni…he he …nak tau apa yg pemes lagi di parit…tentu sekali ‘Mee Chamok a.k.a mee hailam parit.’ semua org tau keujudan mee hailam ni,nak kata sedap sangat bagi aku biasa jer tapi kira sedap la juga.Mee hailam ni, Cina yg buat tapi yg banyak melantak bangsa melayu…HALAL? halal ler kalau dah pak imam pun bertengek melantak di situ…dulu gerai dia di tepi tebing sungai tapi selepas di naik taraf untuk tujuan pelancongan kedainya di ubah di tgh pekan..macam x best la pulak bila aku pi semalam….hilang keunikan mee itu sendiri..selain tu rojak dan ais kacang pun pemes giler kat sana…(lapar le pulak)

Semalam sempat juga aku snap beberapa pic kat pekan senin…sempat jenguk ke tebing sungai dan tengok ‘Taman Chempaka Sari” yang terletak di tengah2 sungai perak, kat situ la dulu aku selalu pergi…dengan geng2 sekolah,dulu situ ada pentas….ada bangku utk lepak2 tapi sekarang semua dah tak ada lagi,gara2 air bah selalu naik dan merosak kan jambatan…

Cempaka Sari yg dah tumbuh lalang….


Dari atas tebing,nun Taman Cempaka Sari….

‘Pekan Senin’

Kat bawah pokok tu dulu ada deretan kedai2 lama(kedai kayu) ,ada kedai jual kelengkapan ibadah,kedai kasut,kedai barangan antik dan kedai makan mee hailam

Menara jam,trademark pekan parit….

Anak pak burn ngan epol bersantai tepi tebing

Entah bila baru aku boleh pergi lagi ke ‘pekan senin’ ….aku seronok sangat…dek teringin pergi aku pujuk anak pak burn..aku kata “org nak mengimbau memori lama di pekan senin….memori berdeting ngan pakwe lama di cempaka sari”(aku tipu jer…wakakakakak).entah bila lagi cuti jatuh hari isnin,jadi boleh la aku pujuk lagi dia untuk ronda2 ‘pekan senin’

2 thoughts on “Parit setelah 5 tahun

  1. oh!pekan senayan…beli ikan bilis dgn ikan masin.
    sekolah tadika kemas tu akan buat baru x silap..
    more power to parit development!!

  2. Sejak ada shortcut dah jarang lalu pekan tmpt lepak2 zaman sekolah2 dl….lagi2 lps banjir beso…kat mn lg bila tgk gambar PArit ni teringat Kota Tinggi yang selalu banjir tu…tang mn tingginya pun tak tau ler

Leave a Reply

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif