Archive for the ‘ainal ronda2/cuti-cuti malaysia’ Category

October 16th, 2009

Indah nya kenangan

Minggu sudah saya berkesempatan mengikut Abanh & Emakpergi kePadang Besar,Perlis..saja jer jln2 bukan nak bershoping.Pergi pagi sabtu dan balik Ahad.

Bermalam di Kuala Perlis,Hotel Berasmana.Ahad tu selepas sarapan,kami bergegas pulang,hajat nak singgah di Bayan Lepas,tapi sebelum tu kami singgah sebentar di Sungai Petani.

Dah lama rasanya saya tak kemari…senjak saya tinggal kan sungai petani ketika berumur 7 tahun.3 tahun menetap di sana sebab Abah bertugas sebagai tentera. Kesempatan ini saya terjah ke rumah sewa lama kami di taman orkid dan akhir nya berjumpa..Rumah di dalam gambar bwh ini..dulu kami sewa dari cina..sekarang ni munggkin tuan rumah yg duduk semula…seronok rasanya

Teringat dengan jiran sebelah yang berbangsa cina yg begitu baik sekali..ketika sambutan Tahun Baru Cina, acap kali saya ke rumah bermain dengan anak2 nya…bermain tanglung keliling taman dan bermain panjat tiang..Indah nya kenangan


Share/Save/Bookmark

September 29th, 2009

Beef Steak

Semalam saya ‘terajin memasak beef steak ini.Hajat hati nak makan di luar tapi bila mengenang karenah anak2 terutama si kecil Epol,saya batalkan hasrat dan membikin sendiri makanan barat ini..cuba korek resipi di internet..saya cuma ambil resipi mashed potato, yg lain saya buat sendiri dan mengunakan resipi dari adik saya cik farah yg sedang belajar dlm bidang sains makanan di UiTM Shah Alam.Resipi brown sos dan tartar sos.

Bahan-bahan ( 1 orang )

Bahan-bahan perapan

  • 1 keping sirlon
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
  • lada hitam di tumbuk
**Perap daging dalam 1 jam
Bahan-bahan Brown Sos

  • Knorr brown sos mix-1 1/2 sudu besar
  • 1 sudu teh butter
  • 10 biji cendawan straw/butang
  • lada hitam - 1 sudu besar
**boleh ubah sam ada mahu mushrom sos atau balck paper sos, saya mengunakan kedua-duanya sekali
Bahan-bahan coslow

  • Kobis
  • Lobak merah
  • Mayonis - 2 sudu
  • Susu cair - 2 sudu besar
  • Gula - 1 sudu / 1/2 sudu besar
Bahan-bahan Tartar Sos


  • 3 biji buah zaitun jeruk
  • 2 potong timun jeruk
  • 1/2 biji telor rebus
  • bawang besar (sedikit)
  • 1 ulas bawang putih
  • Lemon - perahan
  • sedikit gula dan garam
Bahan-bahan Mashed Potato

  • 1 biji kentang - di kupas kulit
  • 1 sudu kecil butter
  • 5 sudu beasr susu segar
Cara-cara

  • daging di perap sekurang-kurangnya 1 jam, kemudian di masak diaats api perlahan di dalam kuali.balik-balik kan supaya cepat masak.Terpulang samaada mahu daging garing atau separuh masak.
Brown Sos
  • satukan semua bahan2 sos di dalam periuk dan masak hingga mendidih
  • cendawan di belah 4
tartar Sos

  • Cincang buah zaitun,timun jeruk.bawang merah dan putih.Masuk kan ke dalam mayonis
  • perahkan lemon ke dalam campuran mayonis
Coslow

  • Cincang memnajang kobis dan lobak.masuk kan mayonis, susu cair dan gula.
Mashed Potato

  • Rebus kentang sehingga empuk
  • lecek kan semasa masih panas
  • masuk kan susu segar dan butter
  • gaul hingga sebati
Hiaskan semua bahan di dlam pinggan leper.
Selamat menjamu selera….

Share/Save/Bookmark

September 27th, 2009

Genting Highlands~pertama kali

Kunjungan kali pertama saya ke mari…

Sata dan family bertolak dari Felda Keratung 7 pada hari rabu dalam pukul 10 pagi. sampai di genting higlands dalam pukul 1 lebih..singgah di Sri Malaysia untuk check in kemudia terus naik ke genting…

‘Melinto’ kami mencari parking..almaklum la tak pernah sampai jadi jenuh juga la mencari tempat letak kereta…dan akhirnya jumpa la juga…

Kami bawak anak2 ke Theme park dan budak2 punya la suka hati dan senang gembira…ayah dan ibu pun tumpang seronok..he he he he


Share/Save/Bookmark

September 16th, 2009

Alhamdulillah~kereta dah siap

Alhamdulillah, akhirnya kereta saya siap akhirnya .Setelah 2 bulan setengah tersadai di bengkel dan berkali2 menelifon pihak insurance..keluar juga kereta dari bengkel.

Bajet baiki kereta sekitar RM18 ribu tetapi mencecah sehingga RM28 ribu..patut la lama tersadai.Rupanya sparepart banyak yg di import dari jepun. Ini lah padahnya jika membeli kereta ‘recon’.Harga murah tapi sparepart…ermmmmm

Nasib baik siap sebelum raya..jadi kami tak perlu gusar macma mana nak balik ke pahang, walau ada sebuah lagi kereta tapi keadaan kereta tersebut yg agak meng was-was kan kami jika berjalan jauh…

Di harap perjalanan kami nanti akan selamat pergi dan selamat kembali..Aminnnn


Share/Save/Bookmark

July 7th, 2009

Alhamdullilah

Ahad 5 hb Julai 2009

3.00 ptg: Kami sekeluarga bertolak ke kg kerana ada urusan.

3.10 ptg: Sampai di trafic light manjung/kg acheh

3.15 ptg: sampai di trafic light simpang lima berdekatan driving school.

3.17 ptg: Mata memandang satu pelanggaran keci antara kereta dan motor dan kelajuan toyota wish dalam 60/70 kmj…..saya toleh kedepan dan ternampak sebuah kereta waja/wira dihadapan dan………… ALLAHUAKBAR………..ASTAGFIRULLAHALAZIM…………………..jeritan dari suami di sebelah

ketika itu saya baru tersedar yg kami telah melanggar sesuatu….dada terasa sakit dan cermin mata bengkok..jeritan anak2 bergema…Dhaifullah di atas dashbord…cermin retak dan keadaan kelam kabut

3.40: Ambulance tiba…dek kerana sakit dada yg keterlaluan…saya di bawa masuk ambulance dan perjalan ke Hospital Manjung bermula…perjalan rasa lambat sekali sedang kan sehabis pecut driver ambulance bawa….anak2 di tinggal dengan suami…

4.00 ptg: saya di bawa ke bilik x ray..utk melihat keadaan dada yg sakit…

4.40 ptg: Doktor membenar kan saya keluar kerana tiada kesan dari kemalangan…di luar kelihatan suami,anak2, emak,abang dan isteri nya…sepupu dan suaminya sedang menunggu di luar..saya termenung di atas kerusi kerana fikiran masih ‘blur’….Abang bawa balik,barulah saya mampu tersenyum

Pengajaran di sebalik kejadian: Pakai lah tali pinggang keselamatan


Share/Save/Bookmark

June 15th, 2009

Jalan-jalan ke Renggit

Im Back…….

Setelah seminggu bercuti di keratung,kami selamat sampai ke Manjung pada hari sabtu malam.Vah vah vah letih tidak terkira…sudah la siang nya kami menghadiri kenduri kawin di Bahau N9, selepas itu ke SOGO..dan terperangkap dalam jem yg menyesak kan dada…oh tidakkkk!!!! tak sanggup tinggal di sana…

Sehari selepas kami sampai di keratung.MIL & FIL ajak kami ke Renggit. Mula nya aku idok ler tau renggit tu kat mana dan apa yg special nya renggit. Rupa nya Renggit ada lah syurga barang2 terpakai dari Singapura. Banyak betul lakedai2 yg jual barang2 terpakai di sana. MIL bagi tau yg meniaga ni, adalah masyarakat orang asli…bagus betul.Korang tgok je la gambor bawah ni, pemandangan sepanjang aku di renggit….semua ada dijual,sama ada masih elok atau yg rosak tapi masih boleh di baiki.

salah satu kedai yg menjual barang2 terpakai….baby chair tu baru RM50 sebelum di tawar..ada basikal budak dan playpen baby yg masih elok..

Himpunan barang elektrik yg boleh di pakai..MIL yg pernah pergi sebelum ni dah banyak sambar barang elektrik..oven,rice cooker,kipas angin..semua nya masih elok.

Kena pilih betul2….banyak nyerrrrrrrrrr

Kayu jati pun ada,masih baru ni sebenarnya tapi ‘REJECT’…MIL dah sambar pun 1 set kayu jati berkusyen printed rimau bintang…he  he he he

Ini ler MIL aku…


Share/Save/Bookmark

June 5th, 2009

Balik Kampung

(sumber gambar: google.com)

Esok Insyaalah kami sekeluarga pulang ke kampung anak pak burn nih di Pahang. last kami balik masa hari raya haji yg sudah…nampak nyer abe aku ni dah rindu ngan kampung halamanya…

Insyaalah bertolak selepas sembahyang Jumaat, dan sampai ke Keratung sudah malam…

Di harap perjalanan kami esok  di permudah dan dalam lindungan Allah SWT…


Share/Save/Bookmark

May 11th, 2009

Gambar sekitar Langkawi

Perjalana dari Kuala perlis ker Langkawi.Aksi epol yg mengusik ayah nya

boleh ke kedai atas ini untuk membeli minyak gamat.

Pagi sabtu di dataran helang

Jalan2 di Beras terbakar

Ehhhh sapa itewww yg debab sekali…Ya amponnnnnnn berat tidak terkawal


Share/Save/Bookmark

May 11th, 2009

Balik dari bercuti ~ sangat penat

Assalamualaikum

3 hari menghilang diri.rindu nak memblog, 3 hari bercuti2 malaysia membuatkan badan jadi penat rasa nya.

Langkawi,Padang Besar,Bukit Kayu Hitam dan Pekan Rabu Alor star,4 destinasi tujuan. Jadi bayangkan betapa letih nya badan sehingga terasa keletihan hari ni….

Gambar akan di upload kemudian….cuma di langkawi jer dapat ambil pic, bateri digi camera saya KONG…charger lak tak bawa jadi melopong jer….


Share/Save/Bookmark

April 26th, 2009

tag lagi

Tag dari Fizan

Here’s a chance to see how well you really know your husband. Cut, paste and fill in the answers, then shoot, you know what to do. The real challenge is to send it to your husband to see

how right you really are.

He’s sitting in front of the TV, what is on the screen?

Bola,movie dan terbaru….golf…uwekss

You’re out to eat; what kind of dressing does he get on his salad?

Mayo

What’s one food he doesn’t like?

Tempoyak!!!!

You go out to eat and have a drink. What does he order?

Nascefe tarik

Where did he go to high school?

Sekolah pondok kot…keh keh keh,Voksional jer

What size shoes does he wear?

7/8

What is his favorite type of sandwich

Tuna

What would this person eat every day if he could?

Sambal tumis tauhu atau telor

What is his favorite cereal?

Tak ada

What would he never wear?

baju yg ada corak bunga

What is his favorite sports team?

Arsenal

Who did he vote for?

Entah,tak daer rasanya

Who is his best friend?

Aku tak tau, dan aku harap dlm hati dia adalah isteri dia ni haaaa

What is something you do that he wishes you wouldn’t do?

Tarak

What is his heritage?

Melayu + Cina(moyang)

What is his favorite colour?

Hitam,coklat.masa bujang suka kaler kuning tapi lepas kawin ngan aku aku tak kasi dia pakai baju kaler tu…eheksss

What is his habit?

Terbungkang depan tv dan isap rokok…eee nyampah guee

What is he proud off?

Kereta…sayang benor dengan kereta…

Lastly, do you think he will read this?

Tak mungkin tapi tak tau la pulak



Share/Save/Bookmark