Category Archives: Ayah a.k.a En Miezi

2 minggu…

by admin

2 minggu En. Suami di tugaskan ke Telok Sepanggar ,Sabah. Bertolak hari selasa lepas dari Ipoh menaiki keretapi.

Saya tak ada masaalah, tapi si kecil epol ni hari2 bising suruh ambil ayah nya…kejap2 ambil handphone mintak call, nak cakap dengan ayah…kejap2 suh siap nak ambil ayah…aduiii kesian si kecik ini…x boleh berenggang dengan ayah dia…sedangkan di sini pun kalau ayah dia tak jumpa dia sebelum pergi kerja, confirm dia kana menangis sebab x dapat salam ayah nya…alahai anak ayah

Rindu benor dia dgn ayah..hari ni dah masuk 1 minggu ayah tiada..ingat kut dia dah lupa tapi masih lagi bising ajak ambil ayah nya..macam la dia je yg ada ayah..ha ha ha..sabor la epol..2 haribulan insyaalah ayah balik


Gambar yg sempat di ambil oleh cik farah(adik) semasa menghantar ayah ke KTM Ipoh

Budak2 excited nak naik keretapi….saya pun teringin juga nak naik sebab rasanya hampir 25 thun kut tak naik keretapi…nanti nak ajak ayah ke KL naik keratapi ajer..pergi pagi pulang petang…mesti best..

Photobucket
Share

11th anniversery

by admin

 

Scrapbooking at WiddlyTinks.com

30 April 2000, tarikh saya melansung kan perkahwinan dengan en Suami…dah 11 tahun dah..dapat la 3 anak teruna nan aktif2 belaka…bikin ini kepala feninnnnn

Orang kata, perkahwinan selepas 10 tahun boleh di katakan telah melepasi tahap bahaya..kukuh nya perkahwinan bermula 10 tahun usian perkawinan itu sendiri

Saya berdoa …moga ikatan ini kekal hingga akhir hayat..AMINNN

 

Photobucket
Share

Selamat Bertunang Cik Dayah

by admin

(photoshop)

Selamat bertunang kepada Cik Dayah…semoga pertunangan ini kekal sehingga pernikahan..jadikan cerita lama sebagai pengajaran…jgn di kenang nanti bergenang…mulakan hidup bersama org baru yg jauh lebih baik dan yg penting sekali orang sekampung….hihihihi

Share

Menu bulan lepas

by admin

Ayam goreng Tom Yam


Amat mudah memasak nya…pendek story,kes orang malas..

Bahan2

-Ayam di goreng

-Bawang merah,putih,halia di kisar/di tumbuk.

-3 batang serai di potong serong

-3 helai daun limau purut

-Cili padi ikut suka hati

-3 sudu Pes tom yam (saya mengunakan pes tomyam yg di beli di Padang Besar Perlis)

Cara2

Tumis bahan yg di kisar/di tumbuk sehingga wangi (saya tak suka terlalu garing). Masuk kan pes tomyam yang telah di bancuh dengan 1 cawan air.Masuk kan serai,daun limau purut dan cili padi. setelah nampak kering sedikit masuk kan ayam yang dah di goreng..goreng hingga kering. Perasa kan dengan garam dan gula jika suka..Siap untuk di makan

Saya menggunakan pes tomyam yg ini yer….perghhh sedap bangattttt

Share

Lunch-Kerabu pucuk paku dan kerang

by admin

Bahan2

1 ikat pucuk paku

Taugeh 50 sen

1/2 kilo kerang (di rebus)

1 biji bawang  di hiris nipis

Limau kasturi

Bahan sambal

3 biji cii merah

10 biji cili padi

Kerisik  RM 1

Belacan

3 biji bwng kecil

1/2 inci halia

sedikit air asam jawa

Cara menyediakan

Pucuk paku di siang dan di buang batang yg keras,kemudian celor sampai lembut.Taugeh di celor,jgn sampai lembik nanti tak sedap!!. Asing kan

Sambal

Tumbuk cili merah dan cili padi,masuk kan bawang kecil,belacan dan kerisik.tumbuk jangan terlampau lumat.akhir sekali masuk kan air asam jawa.

Bahan sambal itu tadi masuk kan ke dalam pucuk paku dan taugeh yg di rebus.Gaul sehingga sebati,kemudian masuk kan kerang dan hirisan bwg merah dan perahan limau kasturi.Gaul sehingga rata.

Siap utk di makan

Share


Berubat

by admin

Hari Isnin sudah anak pak burn call bagitau yg MIL dari pahang nak balik kg KULIM.katanya ‘Tok’ nya sakit sampai tak bangun,jadi bila MIL & FIL sampai malam tu juga kami bertolak ke Kulim.sampai kat sana dlam kol 1 pagi.

Esok nya kami tak terus ke umah tok tapi kami pergi dulu ke sg petani.Rupanya MIL sakit kaki,dah menanah dan luka akibat kencing manis.Kami ke rumah pakar perubatan tradisional bernama pak Long.info ni MIL dapat dari adik dia,Cu.katanya di sana ada sorang pakar perubatan khusus kencing manis,darah tinggi dan sakit jantung serta buah pingang..pendek kata 4 serangkai la…Sampai jer Sg petani kami terus menuju ke rumah pak long yg terletak di Taman NIlam..(aku pun tak reti nak khabor kat mana)

sampai aja terus berubat dengan pak long.rupa nya pak long ni pemes sampai sabah serawak..ramai yg berkunjung utk berubat ngan dia…kami siap di jamu dengan gambar2 org yg tahap kronik punya kencing masin…yg hitam sampai betis dan kudung kaki pun ada…bila berubat ngan  pak long alhamdulliah penyakit beransur hilang.

semasa proses cuci luka kaki MIL..aku tengok dia cuci cam doktor2 tu(gambar dah ambil tapi si iqbal dah terdelete dari camera).MIL punya kaki tak la teruk mana still sakit la sampai x tido malam katanya.Selesai jer MIL giliran anak pak burn lak…laki aku ni bukan kencing manis tapi darah tinggi…pak long kata boleh tahan gak darah tinggi laki aku ni…setelah selesai,pak long kasi ubat berbentu serbuk yg perlu di bancuh dan di minum 3 kali sehari..dan kena gak pantang makan..antara makanan yg perlu di elak kan

  • Daging (lembu/kambing)
  • Daging ayam(ayam cucuk,kalau ayam kg boleh makan) ayam ni kena faham la kan sebab semua ayam2 yg terjual di pasaran biasa nya ayam di cucuk dengan bahan kimia.kata pak long..bahan tu la punca segala penyakit zaman sekarang
  • Durian
  • Cempedak(seb baik mizi tak makan buah ni)
  • Nangka(pun x makan jadi x kisah sangat)
  • Buah pea (kandungan gula yg tinggi) org diet pun tak digalak makan buah ni
  • Pisang (pun sama gula tinggi)
  • Air tin a.k.a bikarbonat
  • Ais ( terjegil sekejap mizi..koh koh koh..padan muka)
  • Pulut

Jadi nak tak nak laki aku kena la ikut nasihat pak long kalau nak sihat….jadi pada abang…jangan ngelat ekkk…

p/s: ni no tel Pak long kalau sapa yg nak cuba berubat dengan dia 04-4227108

Share


Tea time-scone

by admin

dari balik dari cameron hari tu teringin nak buat scone ni.surve dlm internet akhir nya jumpa resipi scone ini di sini. Tak susah mana nak buat,sedap ngan tak  sedap jer.

Bila aku buat scone ni rasanya sama gak cam kat cameron cuma bentuk luaran jer yg tak berapa nak lawo..he he he

Bahan-bahan ( 9~10 biji )

  • *125g tepung roti
  • *125g tepung gandum
  • *1 sudu besar baking powder
  • *2 sudu besar gula halus
  • @1 biji telur
  • @50g plain yogurt
  • @50g susu segar
  • 50g butter
  • Potong dadu/ kecil2 butter. Kemudian simpan dalam peti sejuk
  • Masukkan semua bahan @ ke dalam mangkuk. Pukul sehingga kembang atau berbuih.
  • Masukkan bahan yang bertanda * ke dalam food processor. Mix sehingga sebati. Masukkan pula butter. Mix lagi sehingga jadi serbuk roti. – kalau takde food processor, bhn * bolehlah diayak kemudian ramas butter jadi spt serbuk roti.
  • Masukkan no.3 ke dalam no.2. Kacau dengan spatula sehingga takde debu-debu tepung. Nak cepat boleh juga uli dengan tangan. Simpan doh dlm peti sejuk selama 10 minit
  • Panaskan oven sehingga 200 degree
  • Keluarkan doh dari peti sejuk.Taburkan sedikit tepung roti di atas papan canai. Canaikan jadi bentuk panjang. Tabur pula sedikit tepung roti ke atas doh. Lipat 2. Kemudian canai memanjang lagi. Ulang langkah ini sehingga 5 kali. dah ketebalannya lebih kurang 1.5~2cm.
  • Terapkan dengan bentuk bulat atau apa saja yang anda suka. Boleh juga dipotong mengikut bentok yg disukai.
  • Sapukan dengan susu segar dipermukaan scone. Bakar selama 15 minit.

    Sumber resipi : My resipi.com

    Share

    Happy Balated Birthday ABANG

    by admin

    Sesungguh nyer aku Isteri yang derhaka!!!!!!!!!!! ohhhhh bukannnnnnnnnnnn tapi PELUPA…

    Ampun, Ayah ….ida lupa birthday ayah:girl_1:

    Bukan sengaja org lupa tapi senjak org dok umah ni tarikh pun ida lupa:girl_3:(cehh belum pun sebulan)

    Ida mintak maaf ler….tapi kira adil ler kan sebab tahun pertama kita kawin abang lupa birthday Ida!!!…kira 0-0 kan kan kan:girl_16:

    post signature

    Share

    Anak Pak Burn dah balik

    by admin
    Terlewat sikit nak update blog…he he he menyambut kepulangan anak pak burn dari jerman idok ler rindu ….teringat2 ajer..cewahhhhhhhhh.si ayah sampai dlm kol 1 pagi,dengan mata yg separuh buka aku bukak pintu rumah…msa tu nasib la kalau org jahat yg datang …habis aku sebab mamai lagi…hik hik hik..
    masuk ajer dlm rumah terus tuju anak2 terutama si epoi….dia jenguk dari jauh ajer,takut nak datang dekat nanti dia jaga…Aku apa lagi…sesudah menyalam tangan(adat le tu) aku sambor beg…dan bukak…ermmm tengok la apa yg di beli nyer..(kejam nyer aku tak tanya pun khabor laki aku)
    Belek punya belek..ada la beberapa ketui baranag yg di beli dari sana…mahal ler…mana mampu nak beli banyak benda..bila di convert 1 euro bersamaan MYR 5.1,mahal ler tu…setakat FM n keychin jer dan sedikit baju…….

    Set dior tu dia beli di paris,dia tau aku suka kumpul benda yg kecil2 jadi dia beli tu…aku sebenornye tak berapa kisah perfume ni tapi bila dia cerita ada butik MAC kat sana dan harga murah giler aku jadi benggang..wakakakak(jahat aku) napa la tak beli aku barang seketul bedak n lipstik..bila aku tanya dia kata tak tau nak pilih apa…grrrrrrrrrr

    Fizan, (kalau ko baca la..ekekekek) pisau tu tajam giler dan giler…harga pun bleh tahan mahal..kawan dia beli dekat 100 euro (MYR 500) pisau sahaja….bini dia kirim katanyer…kwn nyer ni duk sana 3 tahun..

    ini ada la gambor kenangan dia disana


    dengan minah Turki….sama je macam org kita kan kan kan…maksud aku (tlh di set dlm kepala)kalau org arab mesti berhijab atau yg menutup yg terbuka…ropanyer sama ajer..kui kui kui

    Share


    En Miezi call

    by admin

    pukul 7.20 malam tadi,en miezi call aku…wahhh lajujer dia bercakap…terusan bertanya tentang anak2…si ibu anak2 tak pulak bertanya khabar..ermmmm…sempat dia mendengar suar si dhaifull sedang melalak,,,lepas la kerinduan dia pada si kecil….

    Share

    Scrappy Theme by Caroline Moore | Copyright 2012 Stuasi Kehidupan | Powered by WordPress