Archive for the ‘Cerita ku hari ini’ Category
February 3rd, 2010
Gula habis

Sudah 3 hari saya mencari gula…..dari The Store sampai ke kedai runcit biasa..semua nya habis…habis atau sorok???
Sudah 3 hari juga saya tak bancuh tea o. Budak2 rumah ni semua jenis minum tea o..air lain macam x jalan pula…
Semakin dekat CNY..ni semu barang jadi mahal dan hilang!!! leceh betulll.nak masak mesti guna gula,nak bancuh air pun wajib bubuh gula…habis tu kalau gula habis…kita nak guna apa?
Tak payah letak gula…biar tawar…tapi kita org tua boleh laaaa…budak2 ni boleh ker..itu pun dah mula bertanya…”Ibu nak minum tea”
January 28th, 2010
Angry + Boring


Saya rasa nak marah walau pun tak la marah sangat.saya juga rasa boring sangat walau tak la boring keterlaluan.
Kalau saya marah org/kecik hati dgn org saya akan abaikan orang itew..saya akan menghilang kan diri…saya tak mahu di ganggu,saya tak suka ..tak suka …tak suka…
Saya kecik hati dan ada sedikit marah..kenapa ada orang yg mengabaikan apa yg saya cakap..apakah idea dan kata2 saya semua nya di anggap kata2 org kurang pandai. fuhhhhh bosan…
Saya rasa panas hati,panas hati perut dan panas otak…
January 2nd, 2010
Selamat Tahun Baru

Rasanya belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat tahun baru kepada rakan2 maya saya…saya selaluterlupa keujudan blog berbayar saya ini.kesian saya..ahakss
Azam tahun baru? mungkin setiap tahun sama sahaja impian aya..NAK KURUS!! tapi selalu gagal sahaja..jadi tahun ini saya tidak mengharap sangat.
Dalam bidang bisnes pula,di harap akan terus suckses,berjaya dan berjaya.Persaingan adalah adat dan saya mengharapkan tahun 2010 ini memberi sedikit sinar dlm bidang saya ceburi ini.
Dalam bidang kraf pula saya mengharap kan saya akan dapat lebih masa untuk menyambung kerja2 yg saya gila kan ini…hampir 2 bulan tidak memegang barang2 kraf,tgn saya mula gatal2..ha ha ha…
Akhir kata dari saya..Selamat Tahun Baru,moga tahun ini memberi seribu kemanisan.Jangan lupa melawat kedai maya saya
http://momnkidsgallery.com/index.php
http://authenticgallery.blogspot.com/
December 12th, 2009
Teman sepermainan sedari kecil

Minggu sudah,ada kenduri kawin di depan rumah emak di kampung. Jiran dan rakan permainan dari kecil. Watie ni muda 3 tahun dari saya. Saya berkawan rapat dengan kakak nya zira

Bersama Zira kakak watie, kawan dari kecil,teman gaduh dan teman gurau..kadang2 menyakit kan hati di zaman kecil tapi dah nama bebudak kan..gaduh main tu kan adat..dia dah kawin dan ada 3 anak.Yang best nyer,,badan dia masih stedy dari dulu..masih slim tapi saya alahai…masa anak dara kurus sangat sampai org kata saya sakit tapi bila dah ada 3 anak nih…dah macam donat..bulat dan bulat. hakikat nya saya sememang nya berbadan bulat dari zaman sekolah dahulu..ha ha aha
December 12th, 2009
Lama nyerrrrrrr
Assalamualaikum,
Lama betul rasanyer saya tak meng’update’ blog ini..malas+bz+kedengkian epol bila saya mahu mengadap komputer.opsss tapi saya ada masa pulak di FB…


Kerja2 kraftangan saya ~ Hair ribbon,Hair clip, sulam pun tertangguh..ada urusan yg saya terpaksa lupakan seketika dengan kerja yg amat saya minati.dalam 1 minggu lagi mungkin akan saya mulakan kembali.
Saya berhajat menyulam t-shirt anak. Mesen sulam saya pun dan 1 bulan terdampar,jgn jem sudah..waduhhhh
September 16th, 2009
Alhamdulillah~kereta dah siap

Alhamdulillah, akhirnya kereta saya siap akhirnya .Setelah 2 bulan setengah tersadai di bengkel dan berkali2 menelifon pihak insurance..keluar juga kereta dari bengkel.
Bajet baiki kereta sekitar RM18 ribu tetapi mencecah sehingga RM28 ribu..patut la lama tersadai.Rupanya sparepart banyak yg di import dari jepun. Ini lah padahnya jika membeli kereta ‘recon’.Harga murah tapi sparepart…ermmmmm
Nasib baik siap sebelum raya..jadi kami tak perlu gusar macma mana nak balik ke pahang, walau ada sebuah lagi kereta tapi keadaan kereta tersebut yg agak meng was-was kan kami jika berjalan jauh…
Di harap perjalanan kami nanti akan selamat pergi dan selamat kembali..Aminnnn
July 7th, 2009
Alhamdullilah
Ahad 5 hb Julai 2009
3.00 ptg: Kami sekeluarga bertolak ke kg kerana ada urusan.
3.10 ptg: Sampai di trafic light manjung/kg acheh
3.15 ptg: sampai di trafic light simpang lima berdekatan driving school.
3.17 ptg: Mata memandang satu pelanggaran keci antara kereta dan motor dan kelajuan toyota wish dalam 60/70 kmj…..saya toleh kedepan dan ternampak sebuah kereta waja/wira dihadapan dan………… ALLAHUAKBAR………..ASTAGFIRULLAHALAZIM…………………..jeritan dari suami di sebelah
ketika itu saya baru tersedar yg kami telah melanggar sesuatu….dada terasa sakit dan cermin mata bengkok..jeritan anak2 bergema…Dhaifullah di atas dashbord…cermin retak dan keadaan kelam kabut
3.40: Ambulance tiba…dek kerana sakit dada yg keterlaluan…saya di bawa masuk ambulance dan perjalan ke Hospital Manjung bermula…perjalan rasa lambat sekali sedang kan sehabis pecut driver ambulance bawa….anak2 di tinggal dengan suami…
4.00 ptg: saya di bawa ke bilik x ray..utk melihat keadaan dada yg sakit…
4.40 ptg: Doktor membenar kan saya keluar kerana tiada kesan dari kemalangan…di luar kelihatan suami,anak2, emak,abang dan isteri nya…sepupu dan suaminya sedang menunggu di luar..saya termenung di atas kerusi kerana fikiran masih ‘blur’….Abang bawa balik,barulah saya mampu tersenyum


Pengajaran di sebalik kejadian: Pakai lah tali pinggang keselamatan
June 22nd, 2009
Hasad Dengki dan BOMOH!!
Hasad dengki, khianat dan dendam adalah salah satu perangai manusia yg kotor hatinya. Ramai yang berperangai seperti itu,tak kira ia nya bangsa dan agama sekali pun.
“Hasad atau dengki satu daripada maksiat batin yang boleh membinasakan seseorang. Kata Imam Al-Ghazali, ia sebesar-besar kejahatan manusia yang dicela oleh syarak. Katanya lagi, ketahuilah hasad itu haram dan maknanya ialah engkau suka hilang nikmat daripada orang yang engkau dengki atau turun bala kepada orang itu (Hidayatus Salikin 206).”
“Sifat hasad itu mendatangkan kemurkaan Allah. Ia boleh membinasakan diri seseorang dan amalannya. Rasulullah bersabda bermaksud: gTakutlah kamu semua akan sifat dengki sebab sesungguhnya dengki itu memakan segala kebaikan sebagaimana api memakan kayu bakar.h (Riwayat Abu Daud daripada Abi Hurairah Riadus Salihin 4:1441)”
“Menurut Imam Al-Ghazali, dengki itu ada tiga macam: Pertama menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang dan digantikan kepadanya.
Kedua, menginginkan agar kenikmatan orang lain itu hilang sekalipun ia tidak dapat menggantikannya, baik kerana merasa mustahil dirinya akan dapat menggantikannya atau memang kurang senang memperolehinya atau sebab lain. Asal orang itu jatuh, ia gembira. Ini lebih jahat daripada dengki yang pertama.
Ketiga, tidak ingin kalau kenikmatan orang lain itu hilang tetapi ia benci kalau orang itu mendapat kenikmatan lebih daripada kenikmatan yang dimilikinya.”
Orang melayu,cukup terkenal dengan perasaan ini,walau sebahagian kecil tapi ia nya cukup menjadi duri dalam daging….entah kenapa, mereka ini tidak boleh melihat orang lain senang atau baru nak senang…
Apabila perasaan jahat ini menguasai diri maka BOMOH la sasaran untuk melempiaskan perasaan nya..mengharap dan mengguna kan khidmat bomoh dengan tujuan menjatuhkan orang yg di benci…

(sumber gambar: abang google

)
Kerja syirik di lakukan agar hati menjadi puas dan gembira apabila hasil jahat nya berjaya.Mereka sanggup menepikan hukum semata2 mahu melihat kemusnahan orang lain.
“HANYA ALLAH YANG DAPAT MEMBALAS PERBUATAN KAMU”
May 30th, 2009
Malas!
Assalamualaikum
Entah nape, senjak akhir2 ni,aku jadi malas benor nak update blog nih..nak kata banyak kerja tu idok le pulok…kepala aku ni tgh merewang… x dapat fokus nak menaip..
Hari macam ada semangat skitttttttttt nak menaip….jiwa rasa kosong jer nih tapi aku cuba khadorkan apa yg tertinggal…
Dengan melayan kerenah si kecik ni…aku jadi betui2 hilang mood nak mengadap PC…











