Search
Advertisement

Archive for the ‘Dapor tak berasap’ Category

Saya menangis kerana….

Pagi ini, saya berjauh dan jauhhhh hati..dan saya menangis terisak2. entah kenapa shahdu sangat rasanya…saya sedih sangat..dah 2 minggu saya menunggu benda ni.

Pagi ni tgok ada maka saya happy…kunun lepas tugas menyidai kain selesai saya nak mengadap benda tu….tapi sekali saya sedang berjalan tanpa memandang ke lantai, saya terpijak kan ia…terkasima sekejap..macam mana benda ni boleh ada di lantai…menitik air mata saya lalu menangis,danish dah terdiam membatu kan diri..saya jerkah dia macma mana benda ni ada di lantai sampai saya pijak, dia cakap x tahu…terus lagi saya terisk isak..

Saya menangis dan masuk bilik, tak tahu kenapa, hanya kerana ini…………

Udah rupa org mengandung jer ** saya tidak mengandung hokeh**. dah la nak buat takut tak sedap…rasa nak pi balik akka yg jual tu tapi sayang gerai dia dah tutup…maka minggu depan kena bagitahu akka yg jual nasi lemak depan umah tolong buat lagi SOLOKĀ  LADA untuk saya..sebab saya betul2 teringin nak makan…

Sekian…..

Share

Macarons



Akhir nya merasa juga saya makan kuih yg di gilai sekarang ini. Mana2 blog masak2 mesti ada entri pasal kuih berasal dari france ini.

Saya tempah macarons dari CIKMIN. Sedap sangat…pantas cikmin buat kerja…sesiapa yg nak tempah macarons boleh jenguk blog cikmin.

Share

Dinner at Shabu Shabu Steamboat…

Dinner at Shabu Shabu Steamboat…

Memandang kan semalam hari lahir saya, maka tempat makan ini jadi pilihan saya. Saya suka ke mari sebab variasi makanan yang banyak, menyihat kan dan tidak mengemukkan..ha ha ha

Ada seafood, sayuran2 segar, BBQ yg sedap serta sup yg lazat…nyum nyumm

Restoran Shabu Shabu..landmark: 1 kawasan dgn maybank dan kamdar Manjung…belakang Hotel Lee garden.Kalau dari jalan besar memang x nampak.

Antara menu yg saya ambil

BBQ…ada daging dan ayam…selain itu ada seafood…

Ini antara yg saya paling suka…4 jenis cendawan serta funggus….1 piring ini hanya utk saya sahaja…

2 jenis kuah..Tom Yam dan Sup Tulang

Danish dan Iqbal…danish saja2 mencuba guna copstick

Mamat kecil ini kalau begambar memang banyak aksi selamba….sengaja tonggeng punggung…

Selesai dan licin….

Tak boleh berlama2 di sana walau tekak nak tambah lagi..dengan Epol yg berlari sana sini macam kedai tu Bapak dia yg punya…dan Iqbal yg mengadu sakit perut..membuat geram di hati berputik2…alahai…

Insyaalah lain kali pergi lagi..

Share

Kuih 3 Seringgit

Ini kuih lepat, ada 2 jenis lepat di situ..lepat liat dan lepat pisang. En suami beli semalam…

Entri ini di taip bukan nak tunjuk kuih glamer ini tetapi nak bagi tahu…saya makan kuih ni dgn hati yg sebal…

3 sehengget!!…org kata… ala normal la..3 sehingget…barang semua naik..

betul la tu, barang seperti gula tepung naik…tapi….

JGN la jual kecik bebenor…selebar ibu jari saya dan sepanajng jari telunjuk itu pun tak sampai penuh jari…adehhhh…sekali ngap suda hilang..

dah la mengunakan hampas kelapa sebagai inti…uhuhuhukaya makcik pakcik…

kalau bandar besar seperti KL bla bla….boleh la di terima pakai..tapi ini setakat stiawan nih…x payah la…

sebagai peniaga sepatut nya jujur..biar kecil sekali pun kuih tu, tapi rasa nya sedap…org tak kisah pun nak membeli..ini dah la berinti hampas x berapa nak sedap lak tu..uhuuuu

Moga penjual ini mendapat rezeki yg berlipat ganda andai dia jujur pada pembeli…

sekian………..

Share

Tak suka;tiba-tiba…

Saya suka jagung….jagung bakar dan jagung rebus dan tak lupa bubur jagung…

Tapi saya tak suka air jagung…tak tahu kenapa sebab tekak x boleh terima..rasa nak terkeluar balik..bila minum lain macam je, tapi tadi terbeli benda ni…..

dah sampai rumah,terus buka dan nak minum…dah rasa baru perasan air soya ni perasa jagung…

Ehhhh sedap pulak….

Share

Hari memasak

Assalmualaikum

Selepas 1 bulan gadering TSY…maka semalam buat pertama kali saya memsak brownies ini…yg asal nya telah di buat oleh LYN78…dia bawa semasa perjumpaan kami hari tu…waduhh sedap bangat …maka dengan sedikit aura R saya membikin marble cheeses brownies ini..lyn ambil resipi dari blog ‘mat gebu’

MARBLE CHEESE BROWNIES

Bahan-bahan Brownies :
250g butter
1 cwn serbuk koko
3 biji telur gred B
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla

Cara-cara:
1. Cairkan butter. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati.
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati.
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10″ x 10″ dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti.
7. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah.

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:
1. Pukul cream cheese hingga gebu.
2. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
3. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan. Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa. Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15min atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Resipi atas ini saya ambil terus dari photopages ‘Rinnchan‘….

selamat mencuba…

Share

Sushi

Dah lama teringin nak menjamah makanan jepun ini…saya selalu berfikir sedap ker tidak benda nih..Saya ingat lagi semasa bekerja dulu,saya di hantar ke Penang untuk menghadiri 1 seminar di Hotel Eqoaturial(betui ker eja?). Sewaktu break lunch,ada terhidang makanan ini ..meronta2 rasa nak ambil tapi tak tercapai tgn..heĀ  he he..saya batal kan niat.

Kenbetulan pergi Jaya Jusqo sabtu lepas,makan dengan rasa senang hati saya membeli makanan ini….ha ha ha..merasa juga saya menelan makanan mentah nih…apa yg saya mahu katakan…..BOLEH LAHHHHH….

Share

Laksa-laksa

ni laksa mi atau laksa pangkor.pemes kat manjung/stiawan/pangkor dan pantai remis.kat tempat lain meme x jumpa. bagi yg diet,laksa ni amat la sesuai sebab kureng kelori.nak buat pun senang.Kuah nya pulak dari isi ikan(ala2 sup) ada juga yg buat dari ketam/udang

Ini laksa biasa,beli tempat yg sama.beza laksa ni dengan laksa lain,kalau korang perasan dlm kuah tu ada sambal.sambal tumis udang. perghhhh sedap betuiii.kalau makan x boh sambal tu rasa dia cam laksa biasa yg tak pedas tapi bila dah taruh…terangkat ponggong bebbbbb meleleh ayor hidung mak tauuuuu

gerai makcik ni pemes betui la..masa beli tadi ramai yg makan depa selalu singgah lepas balik kerja.cina pun dok 2-3 meja..

Share

Assalamualaikum

Makan-makan….

3 hari lepas,aku ngan anak pak burn pi makan kat luar…biasa la bila budak2 tak der ni rajin la sikit kami makan kat luor..(abang long ngan iqbal kat bota umah opah nyer),kami hangkut bb epol…kami pi makan kat restoran baru bukak.. Mak’s place The hawkerant Restaurant. tempat makan ni baru jer bukak…landmark nyer bersebelahan Giant Sri Manjung.

Aku kasi 4* pada makanan nyer…perghhh sedap betul la..hari tu kami pakat order squid butter
selalu kat mana2 tempat makan cuma ada prawn butter…kali ni cuba la benda baru nih…meme sedapa benor,squid nyer garing,x lembik,rasa makan keropok…cuba kome tengok dia punya serbuk telor tu….fuhhhh aku buat haram tak menjadi.macam mana deme buat ekk? keenakan nyer sukar di gamabr ngan kata2…ahaksss

Anak pak burn order Thai fried Rice….sedap juger….makan sekali dengan ommelate yg di bubuh cendawan n prawn…vege seafood…
ini sebahagian menu yg di order….tu atas tu Thai nasi goreng ,vege tak sempat nak snap…sebab lapor.

Aku kunun nak diet(kunun laaaaaaaaa) order la Seafood Mee..cewahhh mati2 aku ingat mee goreng with seafood tapi yg datang macam ni—-> ermmmm aku order mee tapi depa hantor keow teow…ok la juga aku belasah je la…tapi tu la aku ingat yg di goreng tapi meme itu la ropa nyer keow tew seafood..

aku rasa ok juga price nya…masa aku baca menu tu ternampak la latar belakang retaurant nih,rupanya tuan asal nya dari singapore…banayk dah cawangan nyer di malaysia nih…

kepada korang,kalau datang manjung boleh la singgah sini utk mengisi perut tu yer…

Share