Archive for the ‘dari dapur ku/breakfast/lunch/tea break/dinner’ Category

February 3rd, 2010

Gula habis

Sudah 3 hari saya mencari gula…..dari The Store sampai ke kedai runcit biasa..semua nya habis…habis atau sorok???

Sudah 3 hari juga saya tak bancuh tea o. Budak2 rumah ni semua jenis minum tea o..air lain macam x jalan pula…

Semakin dekat CNY..ni semu barang jadi mahal dan hilang!!! leceh betulll.nak masak mesti guna gula,nak bancuh air pun wajib bubuh gula…habis tu kalau gula habis…kita nak guna apa?

Tak payah letak gula…biar tawar…tapi kita org tua boleh laaaa…budak2 ni boleh ker..itu pun dah mula bertanya…”Ibu nak minum tea”


Share/Save/Bookmark

October 2nd, 2009

Kek Kukus Bebop

Malam tadi saya terajin sedikit membuat kek kukus Bebop, saya buat untuk danish sebab di sekolah nya ada jamuan hari raya,memandankan biskut tinggal balang kosong jadi terpaksa la buat barang seketul kek .resipi ini saya ambil di internet ‘ blog resipi pilihan diana‘ Saya akui resipi ini kena dengan selera saya yg hantu coklat..rasa lemak coklat, manis(saya kurang kan gula) enak dan tidak muak.

Saya kukus selama 2 jam dan saya hiasi dengan ganache toping…mudah untuk org yg separuh malas cam saya…

KEK COKLAT KUKUS BEBOP
Sumber: Kak Bebop

Bahan-bahannya
1 1/2 ketul (375 gram) butter
1 tin susu cair
2 cawan gula
4 biji telur - dipukul perlahan

1 cawan koko
1 sudu teh esen vanilla
2 cawan tepung gandum
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh soda bikarbonat

Cara-caranya
1. Cairkan butter bersama susu cair, gula. Dah sebati tutup api. Tunggu hingga suam masukkan telur.
2. Ayak bahan kering bersama dan masukkan sedikit demi sedikit kedalam adunan butter. Masukkan juga esen vanilla. Kacau sebati, masukkan dalam loyang 10″ yg telah disapu minyak, kukus selama 1 1/2 jam. (Tutup loyang dengan plastic glaze, supaya air kukusan tak jatuh kedalam aduan kek)

BAHAN COKLAT GANACHE

100 g coklat masakkan
50 ml UHT Whipping Cream (boleg ganti dengan susu 100 ml susu cair)
1 camca teh mentega


Share/Save/Bookmark

September 29th, 2009

Lunch hari ini

Asparagus bersama cendawan straw masak sos tiram

Perut Lembu Masak lemak cili api


Share/Save/Bookmark

September 29th, 2009

Beef Steak

Semalam saya ‘terajin memasak beef steak ini.Hajat hati nak makan di luar tapi bila mengenang karenah anak2 terutama si kecil Epol,saya batalkan hasrat dan membikin sendiri makanan barat ini..cuba korek resipi di internet..saya cuma ambil resipi mashed potato, yg lain saya buat sendiri dan mengunakan resipi dari adik saya cik farah yg sedang belajar dlm bidang sains makanan di UiTM Shah Alam.Resipi brown sos dan tartar sos.

Bahan-bahan ( 1 orang )

Bahan-bahan perapan

  • 1 keping sirlon
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
  • lada hitam di tumbuk
**Perap daging dalam 1 jam
Bahan-bahan Brown Sos

  • Knorr brown sos mix-1 1/2 sudu besar
  • 1 sudu teh butter
  • 10 biji cendawan straw/butang
  • lada hitam - 1 sudu besar
**boleh ubah sam ada mahu mushrom sos atau balck paper sos, saya mengunakan kedua-duanya sekali
Bahan-bahan coslow

  • Kobis
  • Lobak merah
  • Mayonis - 2 sudu
  • Susu cair - 2 sudu besar
  • Gula - 1 sudu / 1/2 sudu besar
Bahan-bahan Tartar Sos


  • 3 biji buah zaitun jeruk
  • 2 potong timun jeruk
  • 1/2 biji telor rebus
  • bawang besar (sedikit)
  • 1 ulas bawang putih
  • Lemon - perahan
  • sedikit gula dan garam
Bahan-bahan Mashed Potato

  • 1 biji kentang - di kupas kulit
  • 1 sudu kecil butter
  • 5 sudu beasr susu segar
Cara-cara

  • daging di perap sekurang-kurangnya 1 jam, kemudian di masak diaats api perlahan di dalam kuali.balik-balik kan supaya cepat masak.Terpulang samaada mahu daging garing atau separuh masak.
Brown Sos
  • satukan semua bahan2 sos di dalam periuk dan masak hingga mendidih
  • cendawan di belah 4
tartar Sos

  • Cincang buah zaitun,timun jeruk.bawang merah dan putih.Masuk kan ke dalam mayonis
  • perahkan lemon ke dalam campuran mayonis
Coslow

  • Cincang memnajang kobis dan lobak.masuk kan mayonis, susu cair dan gula.
Mashed Potato

  • Rebus kentang sehingga empuk
  • lecek kan semasa masih panas
  • masuk kan susu segar dan butter
  • gaul hingga sebati
Hiaskan semua bahan di dlam pinggan leper.
Selamat menjamu selera….

Share/Save/Bookmark

September 16th, 2009

Biskut raya lagi….

Saya baru sahaja menyiapkan biskut ini…saya tak tahu nak beri nama apa..biskut ni saya sambil dari resipi majalan sri dewi dan keluarga..Nama biskut ni macam tak best ..jadi saya bercadang menukar namnya sebagai ‘Biskut Batang Buruk Coklat’.

Resipi asal berbentuk bunga, saya ubah jadi bentuk sebegitu.Bukan apa, saya cuma ada acuan itu sahaja…


Share/Save/Bookmark

September 14th, 2009

Biskut raya

Biskut ini saya buat mengikut resipi almond landon tetapi di ubah sedikit

Bahan2

1. 9 oz tepung hong kong ( saya tidak mengunakan tepung hong kong sebab terlupa nak membeli,jadi saya mengunakan tepung rose dan tepung jagung dicampor menjadi sebanyak 9 oz)

2. 2 oz gula icing

3. 5 oz butter

4. 1/2 biji putih telor

5. 1 biji kuning telor

6. Kacang hazel

7. Badam cincang

cara-cara

Gaul gula dan butter hingga sebati.masuk kan telor.telah sebati masuk kan tepung dan sesudu badam cincang .setelah adunan sebati dan menjadi doh(lembut). Bentukan bulat dan masuk kan kacang hazel.

Masuk akn kedalam cup dan bakar dengan suhu 170 c selama 15 minit. Setelah sejuk boleh curah coklat masakan ke aats biskut tadi. Hias mengikut kritiviti.


Share/Save/Bookmark

September 3rd, 2009

Kerutup Udang

Sudah hampir 2 minggu kita berpuasa, akhirnya baru hari ini ada kesempatan saya ‘menayang’ juadah berbuka puasa. Selalu nya saya tidak berkesempatan untuk ‘klik-klik’ camera,oleh kerana semalam saya ‘merajin ‘ kan diri masak udang ini(1st time buat).Sungguh teruja saya..Resipi saya copy dari blog mat gebu..sangat sedap..dan saya terbayang akan rendang ini di masak dengan daging dan di makanĀ  bersama lemang di pagi raya..alangkah nikmat nya…tetapi tahun ini saya balik ke Pahang..dapat ker saya makan lemang macam emak masak,sebab MIL saya setiap tahun memasak ketupat palas…ermmmm


Share/Save/Bookmark

August 19th, 2009

Nasi Tomato

hari ni saya masak Nasi tomato buat makan tgh hari..permintaan Iqbal..tak ada acar sebab x cukup bahan


Share/Save/Bookmark

August 17th, 2009

Cup cake yang….

Semalam bertapa rajin nya saya membikin cupcake…lucu pulak rasanya…saya bukan la rajin orang nya apatah lagi berbakat dalam mendeco kek..tapi keinginan membuak2 ingin membuat cupcake sendiri,maka terhasil la cupcake yg selekeh ini…

Cuma ada kaler pink jer yg tinggal dalm es box…jadi 2 kaler jer la yg boleh di “deco” kan..base dan pink…jadi ler..setengah saya deco dengan buttercream dan setengah lagi saya letak toping ganache..bila dah buat rasa seronak lak…lagi satu budak2 ni suka sangat…(macam la tak pernah makan kek)

ain kali boleh la membikin nya lagi…munggkin 2-3 kali lagi akan memberikan hasil yg memberangsangkan…


Share/Save/Bookmark

July 17th, 2009

Pencuci Mulut-Puding kastard peach

1 hari Mak buat kenduri di kg, kenduri kesyukuran kerana cik farah berjaya melanjutkan pelajaran ke UITM. Antara menu yg di buat adalah puding koktel sebagai pencuci mulut. Mak kalau buat memang sedap. Tapi malang nya saya tak dapat pulang ke kampung kerana beberapa sebab yg membuat saya merajuk dengan anak pak burn…dari pulang tergesa2 baik tak payah pulang kan ….Esok nya pula dek kerana teringin nak makan saya sendiri yang masak..

Tapi kali ini saya ubah sedikit.Sirap didalam tin saya tuang kedalam kastard yg tgh di masak,buah peach saya kisar dan di masuk kan sekali menjadikan puding berperisa buah peach..

setelah siap boleh di hidang bersama susu cair..


Share/Save/Bookmark