July 7th, 2009
Alhamdullilah
Ahad 5 hb Julai 2009
3.00 ptg: Kami sekeluarga bertolak ke kg kerana ada urusan.
3.10 ptg: Sampai di trafic light manjung/kg acheh
3.15 ptg: sampai di trafic light simpang lima berdekatan driving school.
3.17 ptg: Mata memandang satu pelanggaran keci antara kereta dan motor dan kelajuan toyota wish dalam 60/70 kmj…..saya toleh kedepan dan ternampak sebuah kereta waja/wira dihadapan dan………… ALLAHUAKBAR………..ASTAGFIRULLAHALAZIM…………………..jeritan dari suami di sebelah
ketika itu saya baru tersedar yg kami telah melanggar sesuatu….dada terasa sakit dan cermin mata bengkok..jeritan anak2 bergema…Dhaifullah di atas dashbord…cermin retak dan keadaan kelam kabut
3.40: Ambulance tiba…dek kerana sakit dada yg keterlaluan…saya di bawa masuk ambulance dan perjalan ke Hospital Manjung bermula…perjalan rasa lambat sekali sedang kan sehabis pecut driver ambulance bawa….anak2 di tinggal dengan suami…
4.00 ptg: saya di bawa ke bilik x ray..utk melihat keadaan dada yg sakit…
4.40 ptg: Doktor membenar kan saya keluar kerana tiada kesan dari kemalangan…di luar kelihatan suami,anak2, emak,abang dan isteri nya…sepupu dan suaminya sedang menunggu di luar..saya termenung di atas kerusi kerana fikiran masih ‘blur’….Abang bawa balik,barulah saya mampu tersenyum


Pengajaran di sebalik kejadian: Pakai lah tali pinggang keselamatan













