Archive for the ‘Ilmu/novel’ Category
Koleksi Novel
Ini rak novel saya, simpanan entah dari tahun bila saya pun x ingat..dah x ada ruang untuk menyimpan lagi.Ini pun sebahagian jer, ada lagi di kampung dan yg telah di pinjam tapi x reti bahasa nak pulangkan….
Saya sayang kan koleksi saya ini…bukti sy pengemar novel2,saya sedang cuba mencari novel2 lama terbitan 20-30 tanum lepas kalau ada…masa sekolah menengah dulu sy dah mula kumpul novel2 tapi entah kemana hilang pun x tahu..dlm rak ni ada novel yg saya belum habis baca..sebab jln cerita agak boring (balik2 anak org kaya hensem cun2—tipikal )
Dulu rajin gak menyewa novel tapi bila selesai baca novel yg best rasa sedih pulak sebab terpaksa pulangkan balik..maka rajin2 kan diri simpan duit umtuk beli novel2 baru…
Agak berselerak susunan buku2 ni tapi rak ke 2 sya tempat kan 2 novelis favorite saya..Norhayati Ibrahim dan RAM..koleksi RAM (laksemana sunan)ada yg di pinjam tapi x di pulangkan buat harta sendiri…sabor je laaaaa
Yang ini pula koleksi buku masakan dan buku craft….cewahhh macam rajin benor saya memasak…tapi ada la buat juga bukan sekadar buku hiasan..ahaks. Buku craft pun ada juga, yg paling mahal sulam riben berharga RM100 lebih…beli dan buat 2-3 jenis pastu selamat tersusun di rak..
Kalau ada rezeki…saya nak beli/tempah rak buku yg lebih besar tapi sebelum tu kena beli rumah lagiiii besar sebab ruang yg ada sekarang dah penuh dgn macam2 adaaaa
Novel Biarkan Ia Berlalu : Sha Ibrahim
Pengkhianatan dan sikap dengki Tan Sri Khalid terhadap keluarga Nadia telah mengubah kehidupan gadis itu. Namun dia tetap tabah menerima untuk hidup dalam kesederhanaan selagi Johan anak Tan Sri Khalid sentiasa di sisi. Sehingga pada satu tahap kesabarannya telah goyah apabila Johan sendiri telah memutuskan hubungan mereka semata-mata kerana beberapa keping gambar ‘panas’ hasil pakatan mummy Johan, Puan Sri Normah dan calon menantu kesayangannya, Erin. Sejak daripada itu, telah tersemat satu perancangan untuk membalas dendam terhadap keluarga Johan.
7 Hari mencintaiku
Sipnopsis:
Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.
“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”
Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.
“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”
Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?
Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. Segalanya akan terungkai dalam novel setebal 1050 mukasurat ini.
Review saya:
Sangat2 best novel ini, novel setebal 1048 m/s. Sesiapa yg tak biasa baca novel setebal ini, sila gagah kan diri anda untuk membaca novel karya SITI ROSMIZAH ini. Saya akuai ini pertama kali saya membaca dan mengenal karya beliau, sebelum ini saya di sajikan dengan hasil karya2 penulis yg saya minati, asal ada novel baru mesti cari penulis yang say asuka, saya sering menutup mata pada penulis yg agak janggal di mata ..(lain kali kena ubah presepsi saya ini)
Novel ini menyesak kan nafas saya, mengeras kan perut saya dan membuat air mata saya berlinang (lap meleleh, lap melelh lagi..) Ada rasa gerama+hiba+sayu dan teruja bila membaca nya..sangat menggetarkan…penceritaan yg sungguh hebat oleh penulis!!!. Saya seolah masuk dalm imiginasi penulis, seolah saya jadi halimunan dalam novel ini, dan seolah saya turut berada dalam kancah hidup watak2 “7 hari mencintaiku”..
part kelakar sangat best terutama Pak Samad,
part geram rasa nak tonyoh cili jer watak syakila dan mak Leha,
part geram pada lancang nya mulut Mia Ardiana dan…
part tak puas hati dengan Khuzairi dengan sikap lembut hati nya…
kelakar:- m/s:411, bila mak leha meluat mendengar gelak tawa mia dan khuzairi di dalam bilik
“Eh biarlah, Bagus la macam tu. Apa kamu tak suka tengok anak gembira, atau kamu cemburu. Kalau kamu nak, mari sini aku geletek kamu sampai terkencing”
:- m/s 1028, Bila seisi bergambar kenang2 nagn semasa perkahwinan helmi dan sofi
” Nad patut bersyukur tau sebab abang long kamu sangup mengalah bagi Nad bergambar sebelah abah, bukan senang Nad nak bergambar dengan lelaki idaman melaya ni. Mak kamu dulu sampai tak lalu makan sebab teringatkan abah. Tu yg bila kawin aje dia makan x sedar diri. Itu la punca badan mak kamu comel macam ini”
Air Mata:-m/s 747: ketika Khuzairi merayu Mia adriana supaya jgn tinggalkan nya dan alisa yg baru di lahirkan namun Mia tetap pergi…
” Abah, ri ni tak layak ke untuk dia bah, Hina sangat ke RI ni bah sampai anak RI pun x layak untuk dapat susu ibu dia, Anak RI pun dia tak nak tengok. Kesian anak RI. tergamak ibu dia jadikan dia anak yatim. Kesian Alisa bah, YA Allah, Kau kuatkan lah iman aku. Kau kuatkan aku menghadapi dugaan -Mu ya Allah”
m/s: 763-765: ketika Buntat si budak terencat akal menyelamat kan Mia dari di pukul.
“Buntat dah selamat kan aku Fi, Kenapa buat macam tu? kenapa Buntat? kakak tak pernah suka buntat. Kenapa tolong kakak Buntat?
“Ya allah siksanya kau dik, tgok la Fi,seksanya buntat. Kenapa aku tergamak buat di Fi? kejam nya aku!’ raung Mia
” Ka…Kak..Bun..tat…nak…mak…cium”
“Nanti kakak suruh mak cium Buntat, kak janji”
“Ka…kak…sa…yang..Bun…tat…mak”
“sayang, kakak sayang buntat, kakak sayang mak, Nanti Buntat dah sihat kita balik kampung jumpa mak”
“Bun…tat…sa..yang…a..bang..dok..tor…ba…by
………
“Mia…Bun..tatdah…dah…tak…a…da”
m/s: 818: ketika Mia mencari adik ipar nya Helmi untuk memminta maaf
“Aku nak tengok senyuman di wajah mak balik. Aku tahu betapa dia menderita lepas kau pergi dan aku kalau boleh nak tebus balik setiap air mata dia” – Mia
Sahdu:- m/s 944: ketika Mia terjumpa luahan hati Khuzairi di dalam diari
Mia tak mungkin abang akan menyintaimu untuk tujuh hari sayang. Cinta abang tiada luput waktu nya
Mia, betapa abang rindu mendakap mu…tapi abang tak boleh sayang.Bertapa seksanya abang di saat ini. Serasa tak mampu untuk abang terus bernafaslagi….Membuang Mia umpama merentap jantung abang sendiri
Banyak lagi yg boleh mengundang air mata dalam novel ni…saya nasihat kan sila la beli atau pinjam dari sesiapa asal kan dapat menghayati setiap jalan cerita novel ini…novel yg sangat kemas susunan nya…tanpa saya sedikit pun melangkau sebab saya tak mahu ter’mis’ setiap ayat…apa pun 5 bintang untuk penulis ini…insyaalah sayanak cari lagi 3 novel terdahulu dari penulis ini sebab bila saya baca review pembaca 7 hari mencintai ku karya penulis ini semua hebat2
Selamat membaca yer kawan2…
Selamat Malam Kekasih
Hatinya sudah lama membeku hampir jadi kaku. Berpisah dengan Farhan begitu terkesan sekali. Umurnya masih muda, namun dia terpaksa sahaja melalui sesuatu yang membebankan, bagaikan kaca yang remuk setelah terhumban di atas batu. Mujurlah ada Aunty Julia dan Ain Suraya yang mampu menenangkan fikirannya.
Namun, papanya mula mendesak agar Maya Kamilla tidak membuang masa lagi.
Pun begitu, papanya cerewet. Kalau tidak sama status dan tidak sekufu, jangan haraplah papanya akan bersetuju. Mungkin kerana itulah Maya terpaksa jauhkan diri daripada sang arjuna. Lagipun, lelaki itu tak cukup ‘mata’ untuk diletakkan dalam senarai calonnya.
Izz al Din, tak banyak beza daripada Farhan dari segi latarnya. Paling secocok dengan Maya Kamilla. Dia juga pernah menyayanginya, sama seperti Farhan juga. Apakah kali ini Abang Izz mampu menambat hati Maya semula? Atau Maya masih berkira-kira kerana niat Abang Izz diraguinya. Tapi kenapa pula?
Soal status bukan sekadar menjadi isu papa Maya sahaja, tetapi merupakan soal penting buat orang lain jua. Dalam usaha Maya Kamilla untuk mencari pengganti, dia semakin terbeban
Misyal pula lebih muda daripadanya. Takkanlah si ustaz ini mampu menandingi Abang Izz yang serba hebat itu?
Ke manakah arah yang ingin Maya tuju? Sanggupkah Maya terus mengikut arahan papanya, atau kali ini dia mahu memberontak lalu mengikut kata hati pula?
Selamat Malam Kekasih mengutarakan isu-isu kehidupan masyarakat Melayu elit hari ini. Juga mengetengahkan soal agama, harta dan waris, termasuk kesetiaan dan kejujuran dalam amalan seharian, di sebalik unsur humor dan romantis yang diselitkan.
Review saya:
Naskah ini memang best…begitula jika hasil penulisan Aina Emir..jiwa saya dapat meresap isi cerita ini..seolah saya terbuai di Kamillaville..kehijaun dan keindahan dan keunikan kolam renang infinity…wahhhh macam saya sedang berjalan di dlm novel pulak
Kisah cinta antara UM (ustaz Misyal) dan Maya kamilla membuat saya tersenyum…kuat sungguh tarikan 2 watak utama ini.Watak Nazlah betul2 buat kan saya rasa nak cili2 mulut dia..ha ha ha..
Apa2 pun 4.5*dari ***** saya bagi utk novel ini..SYABAS!!!!
Kesan Minum AIS.

Kesan Minum AIS
Baca dan terus sebarkan kepada teman dan kenalan anda.
Serangan Jantung dan Amalan Minum Air Panas ….
Artikel ini berguna untuk semua.
Bukan sahaja amalan meminum air panas selepas makan, tetapi berhubung SERANGAN JANTUNG!!!!.
Kita tidak akan kehilangan apa-apa… malah
akan mendapat faedah dari amalan ini.
Kepada sesiapa yang suka minum AIS, artikel ini sesuai untuk anda baca. Sememangnya sedap minum air berAIS selepas makan.
Walaubagaimanapun, AIS akan membekukan makanan berminyak
yang baru kita makan. Ia akan memperlahankan penghadaman kita.
Bila lemak-lemak ini terbentuk di dalam usus, ia akan menyempitkan banyak saluran dan lama kelamaan ia akan menyebabkan lemak berkumpul dan kita semakin gemuk dan menuju ke arah mendapat pelbagai PENYAKIT.
Jalan terbaik…adalah untuk minum sup panas atau air PANAS/suam selepas makan.
:Nota penting tentang SERANGAN JANTUNG!!!
Anda patut tahu bahawa bukan semua tanda-tanda serangan jantung akan mula terasa pada tangan sebelah kiri.
Berhati-hati juga pada permulaan sakit sedikit-sedikit pada bahagian atas dada anda.
Anda mungkin tidak akan mengalami sakit dada pada
serangan pertama serangan jantung.
Keletihan dan berpeluh adalah tanda-tanda biasa. Malah 60% penghidap SAKIT JANTUNG tidak bangun selepas tidur.
Marilah kita berwaspada dan berhati-hati..
Lebih banyak kita tahu, lebih cerah peluang kita untuk terus hidup…
PAKAR SAKIT JANTUNG berkata, jika semua orang yang mendapat e-mail ini menghantar kepada 10 orang yang lain, beliau yakin akan dapat menyelamatkan satu nyawa.
Baca ini….. ia juga mungkin dapat menyelamatkan nyawa anda!!!!.
**Jadilah teman yang setia dan teruskan menghantar artikel ini kepada teman-teman yang anda sayangi…..!!!!
**Artikel ini sata ambil dari FB
Novel yang tertunggak
![]()
Agak lama juga saya tak buat entri pasal novel2 yg di baca..lama betul x membaca, kalau dulu sebulan 2 buku wajib beli, tapi senjak dua menjak nih..macam kurang bernapsu nak baca. Bulan sudah bila saya ke kedai POPULAR..yg baru di buka di tesco manjung..nampak buku atas ni…cam biasa..antara penulis favorite saya…hasil karya yg sangat reallistik…x palstik..x menampakkan hero dan heroin yg wajib sanagt perfect….ohhh sangat bosan kalau gitu…
Tapi saya belum kesempatan nak baca…dengn kerja menyulam, melayan budak2..mengadap PC..masak2 dan segala benda yg kena di buat hobi saya ni beransur2 hilang. Rindu saat membaca novel…saya perlu ketenangnan bila membaca, baru la boleh ‘masyukkk’…
Harapan saya ada ruang walau sedetik untuk membaca kembali lepas nih…
Hanya kita Berdua~Aina Emir

Semalam selesai baca buku ini…saya menghabiskan cerita ini sehingga jam 2 pagi!…patut la bangun pagi ni kepala macam berat jer…ahaksss minatttttt.En suami nasib baik memahami minat saya..maka dia tidor semalam dalam bilik yang terang dek lampu..
Best!! novel ni best..ada air mata dan ketawa bercantum menjadi satu..saya membeli buku ini kerana yg pasti karya aina emir, dan yg kedua latar cerita ini di Pantai remis dan Teluk senangin…x jauh dari umah ni haaaaa…
m/s 349 : ‘ Selamat jalan sayang ku…tidurlah,sayangku…rehatlah kamu nanti dan janganlah kamu takut bila malaikat datang kepadamu.Kamu hamba yang taat,anak yang soleh,suami yang baik…tak usah la kamu gentar,Danni.Insya-Allah..aku tahu Tuhan mengasihimu .Demi cintaku padamu,Danni….aku redha kau tinggalkan aku begin’……
Saya menangis bila membaca bait-bait ayat ini…shahdu rasanya
m/s 417: “Kenapa diaorang macam tu,atuk? Naj tak ada pun macam tu”
” Kamu…cucu aku, Dema…cucu opah kamu! Opah kamu tu bahlul, tu yangdapat cucu-cucu tolol”
Saya mengekek ketawa!!!. Si opah yang cukup sayang kan cucu lelaki…saya tak hairan, sebab benda ini pun terjadi dalam ruang linkungan keluarga saya juga. Opah saya cukup sayang kan anak lelaki dan cucu lelaki. Saya cucu perempuan dia selalu kena marah…buat itu salah buat ini salah. Kalau cucu lelaki siap masak sedap2…aduiiiii..Tang anak lelaki pula sangup tukar nama tanah emak yg di beri arwah atuk, kepada anak lelaki nya….’Apa hukum tu yer’??????
Apa2 pun kalau korang belum beli atau baca, sila2 la membeli atau meminjam kat sesiapa yg dah beli…
‘SELAMAT MEMBACA’!!!!
Novel bulan ini ~ Aku Cinta Dia & Aku Bukan Billy Milligan

Saya antara pengemar karya penulis hebat Sharifah Abu Salem.Banyak karya beliau yang telah saya simpan dan baca. Minggu lepas semasa ‘menziarah’ Kinta City , saya telah menyambar 2 buah buku,karya Sharifah Abu Salem dan Norhayati Berahim.Kedua2 nya saya minat.
Sinopsis
Apa yang saya boleh katakan..cerita ini sungguh ‘best’.Saya seolah berada di Wadi Saffiyah (tapi bukan sebagai gadis liar yg ingin di pulihkan….he he he)…Ada titisan air mata ketika membaca di penghujung cerita ini…tersedu seketika saya..
Sinopsis
Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dapat membeli maruah diri. Bila usia menginjak dewasa, tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati seperti Warren Buffet!
Namun Adam silap percaturan. Setelah kejayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya!
Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa-biasa sahaja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yang sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari banyak perkara. Terutama bagaimana mahu menghargai kehidupan dan berkasih sayang!
Kelakar!! saya membaca sambil tersenyum…saya juga dapat menyelammi watak laura (rasa nak lempang jer Adam!) ha ha ha..tapi sejujur nya saya lebih cintakan CHINTA !!!!
Novel Mikhail~RAM

MIKHAIL – bukan sekadar sebuah nama. Selama 16 tahun menjadi pelarian di perantauan, dia muncul semula memburu mangsa-mangsanya. Mikhail membunuh kerana dendam lama. Sewaktu usia remaja, keluarganya telah ditembak mati. Mikhail telah diselamatkan Dickens, seorang lelaki Amerika Syarikat yang juga merupakan rakan niaga ayahnya, Tuan Sadon. Dickens melatih Mikhail menjadi seorang pembunuh profesional untuk membela kematian keluarga.
Dalam pada itu, Mikhail juga menghidapi sejenis penyakit paranormal. Apabila retina matanya terkena cahaya matahari atau silauan lampu yang terang lagi tajam, dia akan berada dalam satu dimensi yang tidak diketahui. Kadangkala dia terperangkap antara dua dimensi – fantasi dan realiti. Akibatnya, Mikhail sukar membezakan mana yang benar.
RAMLEE AWANG MURSHID menampilkan novel MIKHAIL sebagai satu agenda yang dipengaruhi wang bertunjangkan kuasa. Wang serta kuasa dijadikan sandaran sebagai satu simbol kejahatan. Mereka yang enggan bekerjasama akan dijatuhkan hukuman mati. Mikhail pula adalah alat kepada misi pembunuhan itu. Saspens dan penuh emosi!
Satu lagi karya RAM yg aku baru selesai baca. Dalam masa 1/2 hari selesai….lupa sekejap pada pekara yg membebankan fikiran.
Best gilak citer nih…suspen dan tak boleh berhenti,sebab bila berhenti membuat kan hati berdebar2 nak tahu kesudahan kisah ni.Ending stori yg mengasyikan…tersenyum dan berangan sekejap.
Dalam novel ni seolah terselit cerita tentang pertubuhan freemason.1 pertubuhan rahsia yang cuba menguasai dunia secara senyap melalui ekonomi dan peperangan.Pertubuhan yang mahu menjatuhkan orang Islam.
Walau tak diterang dlm novel ini tentang freemason tapi aku rasakan ia berkaitan.
Walau bagaimana pun novel ini sangat2 bagus.
Selesai

2 novel yg selesai di baca.Ungu Karmila dan Kalung.
Ungu karmila : 4/5 * aku beri pada buku ni…bila mula membaca dah rasa tak sabar nak habiskan buku tu..nak tau apa yg menghantui rumah tu dan kenapa ramai yg mati dalam rumah tu….best sangat dan tak sangka ending story ni sangat mendebarkan …
** Aku sememangnya pengemar karya RAM..
Kalung: Hasil karya Zahida Zarkasi.sebenarnya aku mengambil keputusan membeli novel ini apa bila membaca feadback Aina Amir yg juga salah seorang favorite novelis. Cerita nya tidak menghampakan. Sebuah kisah thriller yg menjadi tanda tanya di permulaan bab. Dendam yang membara,jiwa yg berkocak menjadikan novel ini meresap dlm fikiran…syabas penulis. 3/5 *




