Archive for the ‘keluarga’ Category

February 19th, 2010

Kenduri kahwin lagi

Selamat Pengantin baru Amiza dan Akmal

Amiza, adik kepada teman permainan saya sedari kecil, Zira. rumah depan jer dari rumah emak di kg. Cantik orang nya dan bila di mekap bertambah la cantik…


Share/Save/Bookmark

December 3rd, 2009

Selamat Bertunang Cik Dayah

(photoshop)

Selamat bertunang kepada Cik Dayah…semoga pertunangan ini kekal sehingga pernikahan..jadikan cerita lama sebagai pengajaran…jgn di kenang nanti bergenang…mulakan hidup bersama org baru yg jauh lebih baik dan yg penting sekali orang sekampung….hihihihi


Share/Save/Bookmark

November 24th, 2009

Hantaran pertunangan

Ahad kelmarin, saya balik kampung di bota, menyiapkan hantaran pertunangan. Ada budak nak bertunang..

Sejadah saya bentuk menjadi kotak tisu berkipas beserta bantal kecil dan susunan set dandanan diri beserta pewangi..masih ada 3 hantaran yg belum di siapkan…balik hari raya haji nanti la nampak nyer


Share/Save/Bookmark

October 20th, 2009

My newborn nephew

Ini anak sedara aku yg baruuu..anak abang yg ke 2..lahir semasa bulan ramadan yg lepas…

sebiji cam muka abang dia…


Share/Save/Bookmark

October 16th, 2009

Indah nya kenangan

Minggu sudah saya berkesempatan mengikut Abanh & Emakpergi kePadang Besar,Perlis..saja jer jln2 bukan nak bershoping.Pergi pagi sabtu dan balik Ahad.

Bermalam di Kuala Perlis,Hotel Berasmana.Ahad tu selepas sarapan,kami bergegas pulang,hajat nak singgah di Bayan Lepas,tapi sebelum tu kami singgah sebentar di Sungai Petani.

Dah lama rasanya saya tak kemari…senjak saya tinggal kan sungai petani ketika berumur 7 tahun.3 tahun menetap di sana sebab Abah bertugas sebagai tentera. Kesempatan ini saya terjah ke rumah sewa lama kami di taman orkid dan akhir nya berjumpa..Rumah di dalam gambar bwh ini..dulu kami sewa dari cina..sekarang ni munggkin tuan rumah yg duduk semula…seronok rasanya

Teringat dengan jiran sebelah yang berbangsa cina yg begitu baik sekali..ketika sambutan Tahun Baru Cina, acap kali saya ke rumah bermain dengan anak2 nya…bermain tanglung keliling taman dan bermain panjat tiang..Indah nya kenangan


Share/Save/Bookmark

September 29th, 2009

Beef Steak

Semalam saya ‘terajin memasak beef steak ini.Hajat hati nak makan di luar tapi bila mengenang karenah anak2 terutama si kecil Epol,saya batalkan hasrat dan membikin sendiri makanan barat ini..cuba korek resipi di internet..saya cuma ambil resipi mashed potato, yg lain saya buat sendiri dan mengunakan resipi dari adik saya cik farah yg sedang belajar dlm bidang sains makanan di UiTM Shah Alam.Resipi brown sos dan tartar sos.

Bahan-bahan ( 1 orang )

Bahan-bahan perapan

  • 1 keping sirlon
  • 2 ulas bawang putih - ditumbuk kasar
  • lada hitam di tumbuk
**Perap daging dalam 1 jam
Bahan-bahan Brown Sos

  • Knorr brown sos mix-1 1/2 sudu besar
  • 1 sudu teh butter
  • 10 biji cendawan straw/butang
  • lada hitam - 1 sudu besar
**boleh ubah sam ada mahu mushrom sos atau balck paper sos, saya mengunakan kedua-duanya sekali
Bahan-bahan coslow

  • Kobis
  • Lobak merah
  • Mayonis - 2 sudu
  • Susu cair - 2 sudu besar
  • Gula - 1 sudu / 1/2 sudu besar
Bahan-bahan Tartar Sos


  • 3 biji buah zaitun jeruk
  • 2 potong timun jeruk
  • 1/2 biji telor rebus
  • bawang besar (sedikit)
  • 1 ulas bawang putih
  • Lemon - perahan
  • sedikit gula dan garam
Bahan-bahan Mashed Potato

  • 1 biji kentang - di kupas kulit
  • 1 sudu kecil butter
  • 5 sudu beasr susu segar
Cara-cara

  • daging di perap sekurang-kurangnya 1 jam, kemudian di masak diaats api perlahan di dalam kuali.balik-balik kan supaya cepat masak.Terpulang samaada mahu daging garing atau separuh masak.
Brown Sos
  • satukan semua bahan2 sos di dalam periuk dan masak hingga mendidih
  • cendawan di belah 4
tartar Sos

  • Cincang buah zaitun,timun jeruk.bawang merah dan putih.Masuk kan ke dalam mayonis
  • perahkan lemon ke dalam campuran mayonis
Coslow

  • Cincang memnajang kobis dan lobak.masuk kan mayonis, susu cair dan gula.
Mashed Potato

  • Rebus kentang sehingga empuk
  • lecek kan semasa masih panas
  • masuk kan susu segar dan butter
  • gaul hingga sebati
Hiaskan semua bahan di dlam pinggan leper.
Selamat menjamu selera….

Share/Save/Bookmark

September 28th, 2009

Lagu pilihan hari ini~28/09/2009

Stanza Sekeping Hati-Ben Nathan

Qiara - Yang terjadi Tetap Kan Terjadi


Share/Save/Bookmark

August 15th, 2009

Tasbih Kristal

Semalam saya membikin tasbih.Tasbih kristal…dah lama berhajat nak buat tapi selalu tangguh2 kan. Material saya beli dari Aida ..

Sebelum ini, lepas solat,bila mahu berzikir,saya cuma menggunakan jari..tapi selalu lupa berapa kali dah saya membilang..jadi dengan ada nya tasbih buatan sendiri,saya harap bacaaan zikir saya akan tepat…tasbih yg lama telah selamat di jahanamkan oleh anak saya..


Share/Save/Bookmark

May 5th, 2009

Dinner with family

Hidangan seafoad yg di tempah

Nasi putih,ikan sweet sour, kerabu perut, ikan stim,ikan 3 rasa,kailan ikan masin, tauhu telor cendawan

Adik no.4 hafiz bersama epol

Kak Ipar no.2 yg tgh preggy

Shabil Mirza…klon abang aku…koh koh koh.

Abija abang sulung yg dok tgh, Kak ipar hat no.1 isteri abija pun tgh preggy dan yg bengis baju coklat tu abang no.2….yg sekarang tgh kemaruk nak jadi photografer…caiyokkk

My Mom….Pn Leha yg dah kureng gigi..kui kui kui


Share/Save/Bookmark

April 30th, 2009

Happy Anniversary

Hari ini ulangtahun perkahwinan Aku dengan Hamizi. Sudah 9 tahun…usia rumahtangga kami,dengan lahirnya 3 penyeri hidup….Alhamdullillah…

Moga hubungan suci ini kekal selamanya….Amin…


Share/Save/Bookmark