Archive for the ‘luahan hati’ Category

July 31st, 2009

Libang-Libu

Libang-libu=resah gelisah dalam bahasa Perak.

Ia aku sekarang libang libu tapi tidak kronik. Menguji kesabaran dan ketahanan melawan perasaan…

2 pilihan yg terpaksa di lakukan demi mengelak kerugian…Tutup atau terus kan…..

Bacaan Jika Sebak Dada dan Menghadapi Resah Gelisah

Ertinya: Bukankah kami(Allah) telah melapangkan dadamu(ya Muhammad), Dan
telah kami ringankan bebanmu yang berat, Yang memberati punggungmu, Dan
Kami tinggikan(muliakan) namamu, Maka sesungguhnya di samping kesukaran ada
kemudahan, Sesungguhnya di samping kesukaran ada kemudahan, Apabila engkau
telah selesai (mengerjakan satu pekerjaan), maka bersusah payahlah (mengerjakan
yang lain), Dan kepada Tuhanmu, berharaplah.

* Caranya:

  • Dibaca dengan meletakkan tapak tangan kanan di dada sebelah kiri dan ditekan

Kemudian dibaca surah Al-Insyirah 3 kali dan mohonlah supaya dilapangkan
dada

(sumber: http://syifadoaku.blogspot.com/


Share/Save/Bookmark

September 27th, 2008

SELAMAT HARI JADI

Hari ni 27.09.2008,genap usia ku 31 th…vah vah vah dah tue aku yer..ahaks…tapi kenapa aku rasa macam baru 25 thn…kui kui kui,cuma aku perasan semakin usia meningkat fikiran ku sedikit matang…kalau dulu semua nya bergantung pada org lain teutama anak pak burn tu tapi sekarang aku dah pandai survive hidup sendiri…Malu kan kan kan…dulu kemana2 aku bergantung pada laki aku tu,sampaikan nak ke kedai pun tunggu dia balik baru beli barang,la ni aku sendiri yg buat sendiri dari A-Z…(x sangka kan kan kan).Korang jgn terperanjat membacanya..itu lah hakikat aku sebnarnya,takut nak mulakan sesuatu….pernah anak pak burn cakap kalau lah dia dah tak der macam mana aku nak teruskan hidup sebab asyik mengharap dari dia…aku diam ajer..sudah hakikat nya bergitu..(heran tak korang!!)

Mebi ini berpunca dari asuhan abah, sebagai anak sulung perempuan abah begitu displin dlm mendidik aku….kemana pun aku tak di benarkan pergi hatta aktiviti sekolah…hidup aku terkurung dlm rumah….keluar ke tepi jalan sekjap abah dah bertempik bak halilintar menyuruh aku masuk…pernah abah patahkan berus gigi aku sebab aku bersiap nak menyertai aktiviti Renjer Puteri,(tido kat sekolah) abah kata takut jadi apa2…(terkejut ker korang?)
percaya tak korang kalau aku kata sepatah aku kata maka terkeluar ler biji mata dia…(macam waris lak..kui kui kui)itu lah abah dlm menjaga aku…sebab itu aku jadi penakut,bukan penakut tinggal sorag tapi penakut nak keluar bersendirian..
Aku pernah menipu Abah membeli buku sekolah padahal aku melencung ke IPOH (nak merasa sebenornya)…seb baik rahsia tu tersimpan sampai sekarang..ha ha ha.Kalau korang nak tahu remaja mana tak memberontak kalau dah jadi macm tu kan….TAPI aku tak…aku ikut dlm marah dengan kata2 abah…begitu lah abah dalam mendidik aku sehingga aku berkahwin…

Sepanjang life aku abah memang garang dengan aku…hari jadi ker apa ker takpernah abah sebut..(tapi aku pun tak heran sangat)..cuma mak jer bila tiba birthday aku dia mesti masak SAMBAL TUMIS IKAN CERUT..ah ah aha..sayangg mak kat aku yer…
Bila usia meningkat dewasa aku mula berfikir kenapa abah buat aku macam tu,dia tak mau aku terjebak dalam dunia remaja yg porak peranda (kwn aku ramai yg hancus),kalau dia tak displin kan aku entah apa jadi pada aku…(tapi aku sedor diri,x koser nak jadi cam deme)

Sekarang, semenjak beberapa tahun yg lepas aku mula terasa,’ooooo patut la abah kongkong aku’ risau aku jadi apa2…dan apa yg abah buat dulu ada benar nya walau ada banyak silap nya.Tapi ada satu yg aku tak puas hati,kenapa abah tak bagi aku masuk VOKASIONAL kursus bakery….KENAPA…? dulu aku selalu ungkit depan mak…kawan aku sekarang dah jadi chef bakery di hotel kat KL…dah merata negara dia pergi..KENAPA ABAH? malu ker anak jadi tukang masak? sedih nya tuhan je yg tau…kalau korang nak tau borang yg aku ambil di carik abah depan aku…selepas itu niat dan minat aku dalam dunia bakery dan pastry terkubur bersama borang VOK..hampa nya…kalau tidak aku dah setarap kawan aku tu..uhuuuuu

Tapi sekarang bila di fikir balik…dah ALLAH SWT dah tetap kan jalan aku disini…tempat ku disini, maka perasaan kecewa tu semakin beransur hilang….dan aku dah tak marah ABAH lagi…kerana aku dah tua dan abah pun semakin tua..sampai bila aku nak mengingat sesuatu yg dah berlalu…ada sebab nya


Share/Save/Bookmark