Archive for the ‘rakan-rakan’ Category
December 12th, 2009
Teman sepermainan sedari kecil

Minggu sudah,ada kenduri kawin di depan rumah emak di kampung. Jiran dan rakan permainan dari kecil. Watie ni muda 3 tahun dari saya. Saya berkawan rapat dengan kakak nya zira

Bersama Zira kakak watie, kawan dari kecil,teman gaduh dan teman gurau..kadang2 menyakit kan hati di zaman kecil tapi dah nama bebudak kan..gaduh main tu kan adat..dia dah kawin dan ada 3 anak.Yang best nyer,,badan dia masih stedy dari dulu..masih slim tapi saya alahai…masa anak dara kurus sangat sampai org kata saya sakit tapi bila dah ada 3 anak nih…dah macam donat..bulat dan bulat. hakikat nya saya sememang nya berbadan bulat dari zaman sekolah dahulu..ha ha aha
August 27th, 2009
Kad Ramadhan dari Idah
June 3rd, 2009
Award dan doa dari Kak Azlina


Award dan doa ini saya ambil dari blog kakĀ Azlina, rakan blogger baru..orang manjung,dekat jerrr…..TQ kak..lepas ni saya paku di kiri dinding nih
January 28th, 2009
Dari Dia Kita datang dan Kepada Dia Kita kembali

Pagi isnin lalu aku di kejutkan dengan kiriman sms dari Kak Iman.Sms yang benar-benar menyentap sanubari dan mengejutkan aku.Sms tertulis:
Salam, (Double AA),dah kembali ke Rahmatullah pada 24.01.2009,tak sihat seminggu dan meninggal.
Double AA (Nawal) kenalan aku di forum wanita melayu.kenalan dari kelab kucing.lama juga kami bersembang di sana sehingga forum bertukar wajah selepas itu kelab kucing terkubur sekali bersama forum lama.Entah kenapa, kuasa Allah,menyebab kan aku tiba2 teringat kan dia pagi Ahad(sehari leps dia ‘pergi’),teringat kan kelab kucing dan rasa nak hidup kan kembali kelab tu,rupa nya itu sebenar nya petanda yang dia telah pun ‘pergi kepada Pencipta ‘.
AL~FATIHAH![]()

January 2nd, 2009
Namanya ROSNI a.k.a kak yuih
Siapa dia?
Nama: Rosni
Panggilan manja : Kak Yuih
Umur: setahun matang dari aku….
status: Kawin anak sorang
Asal: Kg Kepala Pulau, PARIT
dan gambar di atas adalah hari terakhir aku bekerja…dan entah bila la aku dapat jumpa kak yuih…walau duk sedaerah tapi dek di sekat masa jadi payah la lagi nak bersua muka…harap2 jangan di lupai aku…













