Search
Advertisement

Archive for the ‘Raya 2008 / 2009’ Category

Amaran untuk anak2 di bulan puasa lepas!

Bunga api atau mercun sinonim dengan perayaan, ketika bulan puasa seawal 1 ramadhan sudah terdengar budak2 kat taman perumahan ni bermain mercun….mercun roket dan macam2 jenis mercun lagi.

Anak2 saya dah tentu mengedik nak main juga…setakat bunga api saya rasa x jadi masaalah. Tapi bila semakain dekat dengan Hari Raya..bunyi mercun yg nyaring bertukar menjadi bunyi yang agak kuat. dan pasti nya dari mercun roket mesti budak2 main mercun bola…saya siap pesan pada anak2 jangan main mercun bola atau mercun yg bahaya..

Saya x tahu kalau mereka ikut cakap saya tapi amaran keras saya berbunyi

Ibu tak mahu korang main mercun tambah2 mercun bola…bahaya,kalau korang main pastu cedera,putus jari,luka sampai kena masuk hospital, ibu tak mahu tunggu kat hospital..nasib la korang duduk wad sorang2…ibu malu muka masuk suratkahbar..’

Agak nya diaorang faham sebab muka masing2 berubah..he he he

Share

Suasana Hari Raya

Belum terlewat untuk saya ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..Tahun ni sya pulang ke kampung en suami di Keratung 7 Pahang. Kami bertolak pulang pada malam sabtu pukul 9 malam dan sampai pukul 3.30 pagi. Kesian en suami sebab dapat penumpang sebelah yg asik terlelap..hihihi

Kali ni sedikit je gambar yg dapat saya ambil…x sempat nak pegang camera…






Share