June 30th, 2009
Sahabat,teman, rakan dan kawan

(sumber gambar : abang google (mutiara bernilai.wordpress)
Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah , mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
Sahabat,rakan,teman,kawan adalah 1 perkataan yg sama maksud nya tapi dalam definasi yang berbeza..
1 perkataan itu yg sama erti adalah biasa di keliling kita…’kamu’ semua ada mereka kan? Mana ada manusia yg tidak bersahabat…kalau begitu, baik duduk dalam hutan sensorang..hidup berteman pokok2 dan harimau!.
Sahabat yg baik adalah teman yg boleh berkongsi suka duka dalam ber’duka’.kawan juga adalah rakan yang boleh di harap menyejuk hati di kala panas membara.Rakan juga adalah sahabat yg di harap dapat membantu di kala memerlukan. Tapi ada kah itu benar2 ‘ada’. Ada kah sahabat sebegitu dalam dunia ‘hebat’ sekarang ini? Ujud kah lagi manusia2 ini yg bernama di sebalik nama?
Bagaimana pula sahabat yg bermanis di bibir,bersenyuman secantik bunga, kata-kata sehebat pujangga………sedang kan hati lahar membuak-buak2 melontar kejian di dalam otak kambing sendiri. Sahabat yang menikam teman sendiri! rakan yang menabur pasir di periuk current nasi teman sendiri…..yang menutup zahir dan batin manusia lain dari memandang keindahan sahabat nya itu? ‘Dia yang telah lupa rumput di tanah kerana leka memijak carpet belgium….terlupa ker atau saja buat2 lupa!!!!
OHHHH manusia bernama sahabat….jikalau kamu berniat dan berperbuatan begitu…taubat lah segera sebelum kamu di hujung nyawa…














