Liver Cysts Operation part 2

Assalamualaikum

Hari ni nak sambung dari entry liver cyst part 1 klik sini. Pengalaman sebelum dan selepas pembedahan liver cyst. hari ni ada masa mengadap PC, dan sedikit rajin nak update blog…

Sehari selepas pembedahan, saya dah di arahkan doktor untuk berjalan, duduk dan belajar bernafas. Memang agar sukar memandangkan bekas torehan sangat2 terasa sakit dan pedih dan saya cuma bergantung pada morfin untuk menahan sakit. saya berusaha menghadkan penggunaan morfin walau pun terpaksa menahan sakit. Pakar fisio datang membantu dan mengajar cara bernafas dengan betul, kerana selepas pembedahan paru-paru mengecut sedikit..memang agak terasa payah untuk bernafas tapi dengan bantuan mereka saya dapat bernafas dengan betul.

Selama 3 hari di HDW, segala keperluan iaitu membersih badan di bantu olehh jururawat, sangat didikasi…mereka yang mengelap badan, tolong mengangkat badan jika mahu bangun, tolong mengenakan pakaian dan memimpin jika saya tak larat turun dari katil. Hebat kerja sebagai jururaweat, pujian di berikan pada mereka…pekerjaan yang mulia dan sangat besar pahalanya…

Setelah 3 hari dan keadaan saya beransur sihat, saya di bawa balik ke wad 8b. Sampai di wad kedudukan katil telah berubah…sebelum op saya baring di katil no 24 tapi bila selepas op kedudukan katil saya berubah ke no 23, rupanya segala keperluan saya di bawa adik sebab nya bag2 tidak boleh di tinggalkan di katil jika pesakit sedang di bedah. Cik Farah pulang ke Ipoh pada hari ke 2 op, maka bila saya pulang ke wad 8 timbul masaalaah jika tiada keluarga yang meneneman kerana saya perlukan seseorang untuk bangun, kalau tiada orang lain membantu, rasaya kalau nak terkucil munggkin dah terkucil atas katil, jadi saya call adik yang tinggal di bangi datang meneman saya pada jumaat tgh hari sehingga En Suami datang dari manjung.

Bila En Suami datang dengan abang long (anak sulung), sangat2 lega, ada orang meneman di wad. Nasib baik lah Cik Farah dapat bilik di Anjung Seri Hosp Selayang. Anjung SeriĀ  ini adalah bilik yang pihak hospital sediakan untuk waris2 yang datang dari luar Kuala Lumpur dan Selangor. Sabtu malam abnag long ikut adik balik ke rumah nya di bangi, dan suami meneman saya di wad. Sabtu petang adik saya dari Johor pula datang dan bermalam dengan abang long di bilik Anjung kasih.

IMG-20150122-WA0013

Bilik dalam Anjung Seri, terdapat satu katil, almari. Di bahagian luar pula ada ruang menonton tv, bilik air dan tandas serta mesin basuh untuk kegunaan mereka yang menginap.

Hari Isnin, Emak dan Cik Farah datang bawak sekali anak2 saya, Epol dan Iqbal. Kalau di ikutkan kanak2 bawah 12 tahun tidak di benarkan naik dan masuk ke wad, tetapi bila waktu melawat ada je saya tgok pelawat membawa anak2 mereka…tetapi hari Epol di bawa naik, kami di tegor dengan muka bengis oleh petugas yang menjaga, di suruh nya epol keluar dan suruh saya sendiri turun ke bawah kalau nak jumpa anak…cara ‘Cik Jaga’ yang bercakap dengan agak kurang ajar membuat saya rasa geram. Suami merungut kata kenapa orang lain boleh bawak terutama bangsa lain sedangkan yg sebangsa dengan ‘CIK Jaga’ tidak boleh bawa anak pula….dah la kasar dan dengan selamba dia sound Abang long Danish katanya mak dan adik saya tak faham bahasa dan macam2 lagi. Okeh, saya faham kesalahan membawa kanak2 ke wad TETAPI semasa dia bertugas kenapa ada pelawat bangsa lain yang membawa anak bawah 12 tahun ke dalam wad, dan kenapa ‘Cik jaga’ kurang ajar boleh benarkan…itu menjadi persaolan oke!wp-monalisa icon

Alhamdulilllah petang isnin selepas emak, adik dan anak2 balik, saya di benarkan balik oleh ketua Jabatan wad 8 yang juga doktor pakar yang membedah saya. tetapi hari yang sudah petang maka kami meminta pulang hari selasa sahaja sebab procuder discharge memakan amsa agak lama, perjalanan jauh juga menyebabkan kami minta sehingga pagi selasa.

Pagi selasa selepas lawatan doktor, saya di benar pulang. segala tiub di perut di bawa keluar pada hari isnin petang (tiub yang mengeluarkan darah dan air dlm badan). Doktor berpesan kepada saya supaya banyak kan meminum air iaitu sebanyakk 3 liter sehari, bertujuan membuang air kuningĀ  dalam badan yang terjadi akibat penyempitan saluaran hempedu. Doktor juga menasihati saya supaya mengelakkan memakan prodak herba, prodak makanan tambahan (supliment) dan ubat-ubatan tanpa nasihat doktor, ini kerana sebahagian hati saya telah di buang, dan tinggal 1 bahagian je yang berfungsi, jadi jika saya memakan prodak2 yang tidak tentu hala atau tanpa nasihat doktor, kuatir akan mengganggu fungsi hati, jadi atas nasihat doktor saya akan pastikan saya berhati2 dalam memilih makanan.

Sehingga entri ini di tulis saya masih perlu berjumpan dengan pakar hati hospital selayang untuk rawatan susulan berkenaan penyakit liver cyst. Keputusan cyst yang di buang masih belum di ketahui lagi dan harap2 lah keputusan itu adalah keputusan yang baik2 sahaja, walau risiko penyakit merbahaya tetap ada…Wallahuallam…

Assalamualaikum

One comment

Leave a Reply

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

[+] kaskus emoticons nartzco

http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif