Liver Cysts : Tanda-tanda dan rawatan

Assalamualaikum

Tinggal berapa hari sahaja lagi tirai 2015 di labuhkan.  banyak juga perkara2 berlaku dalam tahun 2015 ini. Banyak yang saya mahu kongsi kan di dalam blog mendap ini, tapi jari dan otak saya seolah kaku untuk berfikir dan menaip. Entri kali ini, saya cuma mahu bercerita tentang sakit yang saya hadapi senjak tahun 2013 dan akhirnya beransur sembuh…

Sebenarnya senjak 3-4 bulan lalu, saya kerap menerima panggilan dan whatsaap dari individu2 yang ingin bertanya tentang liver csyts. Mereka pasti membaca dari dalam blog ini kerana saya pernah tulis di disini dan pengalaman selepas membuang cysts di sini part 1 dan di sini part 2. Mereka2 yang sedang mengalami masaalah seperti saya bertanya apa yang perlu di buat, bagaimana saya menanganinya, bagaimana pemakanan sepanjang cyst berada di dalam hati saya. Saya senang hati berkongsi tentang liver cyst ini, dan amat memahami perasaan dan kerisauan mereka sebab saya pernah berada dalam situasi mereka.Saya tak pandai menyususn ayat, jadi saya pendek kan tapi lebih jelas dari mula bagaimana saya mula2 megenal pasti cysts yang berada di hati saya berserta laporan doktor, ct scan dan laporan selepas pembedahan. Saya juga akan tulis bagaimana rasa sakitnya, pemakanan dan sebagainya

Tanda- tanda

  • Rasa senak di bahagian abdomen atas kanan
  • Rasa mencucuk dan ngilu di bahagian abdomen atas
  • Rasa sakit di bahagian belakang kanan
  • Rasa sakit sehingga tidak boleh duduk

bahagian abdomen manusia

September 2013

  • Ke klinik swasta
  • beritahu doktor sakit yang di alami
  • Ultrasound di buat
  • Doktor kesan cysts sebesar 10cm di bahagian hati kiri (left lobe of liver)
  • Doktor klinik rujuk kes ke Hospital Sri Manjung, Perak

 

 

pertengahan September 2013

  • Ke hospital Sri Manjung
  • Daftar di Unit pesakit luar HSM
  • Attach sekali surat dari doktor klinik swasta
  • Buat temujanji dengan doktor pakar
  • setelah 1 minggu datang semula untuk berjumpa pakar
  • seminggu kemudian ambil darah dan buat ultrasound di HSM
  • Doktor ultrasound kesan cysts dan saya dpt melihat jelas bentuk cyst
  • Doktor menyarankan saya melakukan Ujian CT scan di Hospital besar Ipoh
  • Laporan ujian darah (Liver function test) menunjukan enzim hati yg baik

17 December 2013

  • ct scan di GH Ipoh

December 2013 – April 2014

  • Tiada khabar berita mengenai ujian ct scan yg saya lakukan
  • ketika ini sakit masih ada cuma tidak kerap
  • bila sakit saya berbaring sahaja dan sakit hilang dengan sendiri

 

Mei 2014

  • Saya positive hamil
  • rasa takut dgn cyst saya rujuk ke HSM bertanya kenapa tiada lagi laporan ct scan saya dari GH Ipoh
  • Buat temujanji semula
  • seminggu kemudian datang berjumpa pakar , saya di beritahu mereka tidak menerima laporan ct scan dri GH Ipoh.
  • Datang semula seminggu kemudian

Jpeg

Laporan ct scan yg hilang berapa bulan

  • Doktor pakar memberitahu tiada masaalah jika mengandung
  • temujanji semula selepas 3 bulan

Julai 2014

  • Berlaku pendarahan dan tanda2 awal keguguran
  • ke wad kecemasan kerana sakit di bahagian abdomen atas belah kanan
  • senak, ngilu dan sukar bernafas serta sakit di bahagian belakang
  • admitted wad pembedahan
  • di beri antibiotik
  • ultrasound sekali lagi
  • Kes di rujuk ke Hospital Selayang
  • setelah 2 minggu  saya keguguran dan DNC di HSM

Jpeg

Ultrasound di HSM

December 2014

  • abdomen atas membesar seperti orang mengandung
  • Mula jaundices (kuning)
  • ke wad kecemasan dengan segera bila hampir seluruh tubuh dan mata bertukar kuning (size cysts yg besar telah menghimpit saluran hempedu)
  • Admitted wad pembedahan
  • ketika ini saya mula hilang selera makan
  • Ke hospital Selayang
  • tarikh pembedahan untuk membuang cyst pada 21 jan 2015
  • seminggu sekali terpaksa ke wad kecemasan kerana sakit, baik selepas di beri morfin

 

Jpeg

Surat dari HSM ke HS

Januari 2015

  • 19 jan admitted Hospital selayang
  • 21 jan operation di lakukan selama 8 jam
  • 26 jan, tiub di perut untuk membuang air bisa dan air yg tidak perlukan di buka
  • 27 jan discharge
  • buka clip selepas 2 minggu pembedahan

Jpeg

Jpeg

Laporan selepas pembedahan

*** Terima kasih doktor2 dari Hospital Sri manjung dan Hospital Selayang serta jururawat2 yang baik2 belaka.

Jenis-jenis liver cyst

Simple liver cysts

Hydatid Cysts

Many hydatid cysts remain asymptomatic, even into advanced age. The parasite load, the site, and the size of the cysts determine the degree of symptoms. A history of living in or visiting an endemic area must be established. Also, exposure to the parasite through the ingestion of foods or water contaminated by the feces of a definitive host must be determined

rujuk : http://emedicine.medscape.com/article/178648-clinical

https://www.liverdoctor.com/liver-problems/hydatid-cysts-of-the-liver/

 

Polycystic Liver Disease (PLD)

Cyst ini tumbuh banyak pada hati dan size nya kecil2 dari simple liver cyst

rujuk http://www.webmd.com/digestive-disorders/polycystic-liver-disease-causes-symptoms-treatment

Sebab-sebab terjadi nya cyst

These cysts usually arise when a small area of liver cells dies or degenerates. The most common cause is advancing years and poor diet and lifestyle. Sometimes these cysts can be full of “fatty material” in those with a fatty liver. At other times the cysts are filled with fluid or mucus.  These cysts do not represent liver disease because the liver, being such a huge organ, has plenty of other areas containing healthy cells to enable liver function to remain normal.

translate (google)

Sista biasanya timbul apabila kawasan kecil sel-sel hati mati atau merosot . Punca yang paling biasa adalah memajukan tahun dan pemakanan yang tidak seimbang dan gaya hidup. Kadang-kadang sista ini boleh terjadi hati penuh dengan ” bahan lemak ” dalam mereka yang mempunyai hati berlemak. Pada masa yang lain sista dipenuhi dengan cecair atau lendir. Sista tidak mewakili penyakit hati kerana hati itu, yang seperti organ yang besar, mempunyai banyak kawasan-kawasan lain yang mengandungi sel-sel sihat untuk membolehkan fungsi hati untuk kekal normal.

Penjagaan pemakanan

saya:

  • mengurangkan makan makanan dari produk tenusu (susu, keju, dll)
  • mengurangkan dan mengelak dari memakan ayam yg di suntik hormon tumbesaran
  • mengelak dari memakan bijirin yang mengandungi gluten (oats)
  • mengelak dari memakan pemanis tiruan
  • berhenti makan organ haiwan (perut lembu, hati ayam dan pedal ayam)

 

saranan saya untuk yg ada liver cyst :

  • berhenti makan prodak herba terutama yang merangsang hormon (jamu besar, rapat dan tegang – saya x pernah makan pun)
  • Elak kan dari makan prodak menguruskan badan (mungkin ini salah satu faktor cyst aktif  kerana saya kerap makan prodak menguruskan badan namun hasil nya tiada!!!)
  • kurangkan makanan laut (makanan laut terutama ketam dan udang boleh menggangu sistem hati)
  • Minum air banyak sekurang nya 2 liter sehari
  • jangan stress
  • jangan angkat berat
  • elak kan dari memakan ubat sebarangan tanpa nasihat doktor
  • Cyst tiada ubat untuk mengecut ye, ia nya x sama seperti ovarian cyst yg boleh mengecut hanya dengan makan produk2 di pasaran. Ia nya boleh membesar tapi tidak mengecut.

Jika ada pengunjung blog saya ini mengalami nasib yang sama dan ingin bertanya boleh sahaja whatsapp saya. No tel saya ada di bahagian “tempahan sulam’.

Sentiasa berdoa kepada Allah SWT supaya di permudahkan dan di beri kesihatan yang baik. Sakit ini datang nya dari Allah, dan Dia juga yang menyembuhkan nya. Allah beri ujian kesihatan sebagai peringatan kepada kita, berdoa lah dan Allah SWT sentiasa mendengar permintaan hamba2 Nya….Amin..

Leave a Reply

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

[+] kaskus emoticons nartzco

http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif