7 Hari mencintaiku

Posted on


images

Sipnopsis:

Khuzairi, dalam diam mencintai gadis bernama Mia Adriana. Cinta pandang pertama menjadikan dia seorang perindu yang setia. Namun sifat angkuh dan sombong gadis ini menyebabkan Khuzairi tidak pernah walau sebesar hama jua menyimpan impian untuk memilikinya.

“Kau ni memang dasar jantan tak sedar diri tau. Kau memang saja nak cari pasal dengan aku kan? Hei Khuzairi kau dengar sini. Kau tu budak kampung yang tak sedar diri! Tapi ada hati  nak kahwin dengan anak orang kaya! Sedar-sedarkanlah diri kau tu. Kau tak layak langsung nak berdamping dengan akulah. Kau nak aku bawak cermin ke suluhkan muka kau. Buat tak reti bahasalah pulak. Aku harap lepas ni kau akan ingat kata-kata aku ni sampai mati! So…apa kata kau berambus sekarang! Kau pergi balik jaga kambing-kambing kau sebab kat situ baru betul tempat kau!”

Aduhai! Angkuh sungguh kata-katanya. Bungkam seketika Khuzairi mendengarnya. Jauh di sudut hati dia mula bertanya, sampai bila dia mampu untuk terus menahan makian dan hinaan yang di lemparkan oleh gadis ini? Sudah lalikah telinganya? Sudah matikah perasaannya? Tidak ke dia kecewa? Tidakkah dia terluka? Khuzairi mengangguk perlahan.

“Ya, aku juga manusia biasa, aku ada hati dan perasaan, tapi aku tidak mampu untuk berbuat apa-apa, demi satu amanah aku harus menelannya, demi satu amanah aku harus terus bersabar….”

Amanah? Amanah siapa yang di genggam oleh Khuzairi itu, sehingga dia sanggup mengheret dirinya ke kancah derita?

Lupakah Mia Adriana, hidup ini bagaikan putaran roda, satu waktu keangkuhan dan kesombongan itu akan memamah dirinya sendiri. Berdoalah, di kala keinsafan menjelma nanti, cinta lelaki bernama Khuzairi ini belum terpadam lagi buat dirinya. Segalanya akan terungkai dalam novel setebal 1050 mukasurat ini.

Review saya:

Sangat2 best novel ini, novel setebal 1048 m/s.  Sesiapa yg tak biasa baca novel setebal ini, sila gagah kan diri anda untuk membaca novel karya SITI ROSMIZAH ini. Saya akuai ini pertama kali saya membaca dan mengenal karya beliau, sebelum ini saya di sajikan dengan hasil karya2 penulis yg saya minati, asal ada novel baru mesti cari penulis yang say asuka, saya sering menutup mata pada penulis yg agak janggal di mata ..(lain kali kena ubah presepsi saya ini)

Novel ini menyesak kan nafas saya, mengeras kan perut saya dan membuat air mata saya berlinang (lap meleleh, lap melelh lagi..) Ada rasa gerama+hiba+sayu dan teruja bila membaca nya..sangat menggetarkan…penceritaan yg sungguh hebat oleh penulis!!!. Saya seolah masuk dalm imiginasi penulis, seolah saya jadi halimunan dalam novel ini, dan seolah saya turut berada dalam kancah hidup watak2 “7 hari mencintaiku”..

part kelakar sangat best terutama Pak Samad,

part geram rasa nak tonyoh cili jer watak syakila dan mak Leha,

part geram pada lancang nya mulut Mia Ardiana dan…

part tak puas hati dengan Khuzairi dengan sikap lembut hati nya…


kelakar:- m/s:411, bila mak leha meluat mendengar gelak tawa mia dan khuzairi di dalam bilik

Eh biarlah, Bagus la macam tu. Apa kamu tak suka tengok anak gembira, atau kamu cemburu. Kalau kamu nak, mari sini aku geletek kamu sampai terkencing”


:- m/s 1028, Bila seisi bergambar kenang2 nagn semasa perkahwinan helmi dan sofi

” Nad patut bersyukur tau sebab abang long kamu sangup  mengalah bagi Nad bergambar sebelah abah, bukan senang Nad nak bergambar dengan lelaki idaman melaya ni.  Mak kamu dulu sampai tak lalu makan sebab teringatkan abah. Tu yg bila kawin aje dia makan x sedar diri. Itu la punca badan mak kamu comel macam ini”

Air Mata:-m/s 747: ketika Khuzairi merayu Mia adriana supaya jgn tinggalkan nya dan alisa yg baru di lahirkan namun Mia tetap pergi…

” Abah, ri ni tak layak ke untuk dia bah, Hina sangat ke RI ni bah sampai anak RI pun x layak untuk dapat susu ibu dia, Anak RI pun dia tak nak tengok. Kesian anak RI. tergamak ibu dia jadikan dia anak yatim. Kesian Alisa bah, YA Allah, Kau kuatkan lah iman aku. Kau kuatkan aku menghadapi dugaan -Mu ya Allah”


m/s: 763-765: ketika Buntat si budak terencat akal menyelamat kan Mia dari di pukul.

Buntat dah selamat kan aku Fi, Kenapa buat macam tu? kenapa Buntat?  kakak tak pernah suka buntat. Kenapa tolong kakak Buntat?

“Ya allah siksanya kau dik, tgok la Fi,seksanya buntat. Kenapa aku tergamak buat di Fi? kejam nya aku!’ raung Mia

” Ka…Kak..Bun..tat…nak…mak…cium”

“Nanti kakak suruh mak cium Buntat, kak janji”

“Ka…kak…sa…yang..Bun…tat…mak”

“sayang, kakak sayang buntat, kakak sayang mak, Nanti Buntat dah sihat kita balik kampung jumpa mak”

“Bun…tat…sa..yang…a..bang..dok..tor…ba…by

………

“Mia…Bun..tatdah…dah…tak…a…da”


m/s: 818: ketika Mia mencari adik ipar nya Helmi untuk memminta maaf

“Aku nak tengok senyuman di wajah mak balik. Aku tahu betapa dia menderita lepas kau pergi dan aku kalau boleh nak tebus balik setiap air mata dia” – Mia

Sahdu:- m/s 944: ketika Mia terjumpa luahan hati Khuzairi di dalam diari


Mia tak mungkin abang akan menyintaimu untuk tujuh hari sayang. Cinta abang tiada luput waktu nya

Mia, betapa abang rindu mendakap mu…tapi abang tak boleh sayang.Bertapa seksanya abang di saat ini. Serasa tak mampu untuk abang terus bernafaslagi….Membuang Mia umpama merentap jantung abang sendiri


Banyak lagi yg boleh mengundang air mata dalam novel ni…saya nasihat kan sila la beli atau pinjam dari sesiapa asal kan dapat menghayati setiap jalan cerita novel ini…novel yg sangat kemas susunan nya…tanpa saya sedikit pun melangkau sebab saya tak mahu ter’mis’ setiap ayat…apa pun 5 bintang untuk penulis ini…insyaalah sayanak cari lagi 3 novel terdahulu dari penulis ini  sebab bila saya baca review pembaca 7 hari mencintai ku karya penulis ini semua hebat2

Selamat membaca yer kawan2…


FacebookTwitterGoogle+Share

18 thoughts on “7 Hari mencintaiku

  1. penulis blog..ini novel pertama SR yg u baca ker?? hehe… saya sarankan try baca Andai Itu Takdirnya..karya pertama beliau… The Best. Karya kedua – Cinta Kau dan Aku pun best x mengecewakan dan karya ketiga beliau Lafazkan Kalimah Cintamu adalah novel paling lawak antara keempat-empatnyer… :)

    -pembaca keempat-empat karya SR-

  2. saya lelaki pun terjatuh jugak air mata ni… baca andai itu takdirnya meleleh2 air mata… Cinta kau & aku pun menangis jugak… best.. yg novel ni tak start lagi baca… novel da ada… cuma lafazkan kalimah cintamu, tak tahu sinopsis… tak tau best tak…

    • novel lafazkan kalimah cintamu best…lawak sangat…saya ada novel nie…sampai dah terburai akibat bagi pinjam pda rmai org..tp still boleh baca..ulang2 kali…x nyesal punya..

  3. antare novel yg best p’nah aq bce!! 1st time bce novel setebal niyh..,
    huhu memang merentap jiwe lw bce.., ase cm nk bce 2.,3 kali jerp..,
    huhu thumb up!!!

  4. 7 hari mencintaiku ni novel pertama milik saya.
    sangat best!!!!!!!! tapi agak menyeksa sbb tebal gila!!!!
    but anyway you guyz should buy this novel

  5. dah bca novel nie…..
    best sngt2…..
    rsa nak bca jk balik2….
    wlpun sdih tp….lcu gak….
    bkin skit aty pun ada….
    tp…sbab 2 jln citer dya bgus….
    :D

  6. mmg best sangat-sangat dah bace pun tak puas lagi macam nak bace balik novel nihh…novel boleh dapat 5 star…jalan cerita mmg menguji kesabaran nak bace lebih lanjut….

  7. siyesly, this is my 1st novel sy bace seumur hidup sy..tp alhamdulillH..NOVEL ni best giler!!!! sy rase cam nk fdace je dunia yang di alami semua org dlm novel ni…novel ni menyebabkan sy rase, hati sy nk mendekati novel..hehehhe..

  8. sebelum ni memg x suka nvel sebb inggat buang masa tp leps bca nvl ni 2 pun wife pksa trus x pecaya btapa bestnya nvl ni. syahdu skali. laki pn leh ngs.memg 5 bntg.nak sngat wife jd mcm wtak mia.

Leave a Reply

* Copy This Password *

* Type Or Paste Password Here *

http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_bye.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_good.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_negative.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_scratch.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wacko.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yahoo.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cool.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_heart.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_rose.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_smile.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_whistle3.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_yes.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_cry.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_mail.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_sad.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_unsure.gif 
http://www.ainalhanisda.com/wp-content/plugins/wp-monalisa/icons/wpml_wink.gif