Search
Advertisement

Novel bulan ini ~ Aku Cinta Dia & Aku Bukan Billy Milligan

Saya antara pengemar karya penulis hebat Sharifah Abu Salem.Banyak karya beliau yang telah saya simpan dan baca. Minggu lepas semasa ‘menziarah’ Kinta City , saya telah menyambar 2 buah buku,karya Sharifah Abu Salem dan Norhayati Berahim.Kedua2 nya saya minat.

Sinopsis

DANIA, gadis kota yang liar, mengandung anak luar nikah. Akibat nya, papanya, Datuk Safuan mendesak agar kandungan itu digugurkan. Namun, kerana tidak mahu menanggung dosa, mamanya, Datin Kay terpaksa melarikannya ke Pusat Perlindungan Wadi Saffiyyah, tempat perlindungan gadis-gadis bermasalah sosial. Sepanjang tinggal di Wadi Saffiyyah, Dania sentiasa bermunajat kepada ALLAH. Walaupun dosa yang ditanggung selama ini tidak mampu mengembalikan lelaki yang bertanggungjawab atas kandungannya itu, dia pasrah. Baginya dia harus meneruskan kehidupan sehingga anaknya lahir. Apakah maknanya ini? Adakah Iqbal juga mempunyai perasaan yang sama terhadapnya? Iqbal pernah menyatakan kepadanya bahawa dia harus mencintai ALLAH dan Rasul-NYA terlebih dahulu sebelum dia mencintai sesama manusia. Dania bimbang dengan kenyataan ini. Takut dia bertepuk sebelah tangan


Apa yang saya boleh katakan..cerita ini sungguh ‘best’.Saya seolah berada di Wadi Saffiyah (tapi bukan sebagai gadis liar yg ingin di pulihkan….he he he)…Ada titisan air mata ketika membaca di penghujung cerita ini…tersedu seketika saya..

Sinopsis

Penghinaan dan cercaan ketika kecil, membuatkan Adam percaya, harta menggunung dapat membeli maruah diri. Bila usia menginjak dewasa, tekadnya hanya satu, menjadi kaya dan dihormati seperti Warren Buffet!

Namun Adam silap percaturan. Setelah kejayaan dalam genggaman. Dia masih lagi diperlekeh dan rumah tangganya runtuh walaupun dia sudah menjadi kaya raya!

Kehadiran Laura membuka mata Adam. Laura dari mata kasar Adam, hanya biasa-biasa sahaja. Tetapi gadis itu berjiwa tegar, selamba dan tenang. Anak pembuat belacan yang sentiasa menikmati hidup seadanya. Dari Laura, Adam pelajari banyak perkara. Terutama bagaimana mahu menghargai kehidupan dan berkasih sayang!

Kelakar!! saya membaca sambil tersenyum…saya juga dapat menyelammi watak laura (rasa nak lempang jer Adam!) ha ha ha..tapi sejujur nya saya lebih cintakan CHINTA !!!!

Share

8 Responses to “Novel bulan ini ~ Aku Cinta Dia & Aku Bukan Billy Milligan”

  • Rozita says:

    hahah novel mikhail akak pun belum abis lagi ni..
    setiap bulan novel baru akan keluar..tak terbeli dah weiii

  • aisah says:

    macam best je chita aku bukan billy miligam. Ingat nak beli lah . sya pun mint kat novel ni tapi byak beli buku Alaf 21.

    • ainalhanisda says:

      salam aisah..citer ni memang best,…saya jrg beli alaf 21 ,tapi kalau penulis yg lama2 baru sy beli keluaran alaf21..penulis baru ni kurang menetapi citarasa saya.

      tq sudi singgah

  • nur says:

    best la novel aku cinta dia…mesti ustz iqbal 2 hensem..hehe damia cute..qayyum pun sama..
    ade x sambungn citer ni?
    ending die x best la..nk bca sambungn nyerrrr…
    bila la nk kuar ek…
    hehe

  • admin says:

    nur, yup best cerita ni…macma biasa karya Sharifah abu salem x pernah menghampakan..
    tq singgah

  • aniesa says:

    best jugak cite aku bukan billy milligan nie.. walau pun si adam tu agak kurang ajar sedikit tapi laura tetap tenang bile dgn adam..wah yg best bile adam ucap kan pada laura saye sayang awak..best nye novel nieh..!!

  • admin says:

    aniesa, tq sudi singgah

    sy cukup kagumi penulis ini, nurhayati berahim. beliau mampu menulis,mengarang dan mereka jln cerita yg hebat2..sangat kagum

Leave a Reply